Thursday, February 26, 2009

MESYUARAT BULANAN WANITA & AMK

Oleh Khalid AK

PEKAN KUALA KRAU: 27 Febuari 2009: Dua mesyuarat bulanan sayap penting PKR Bahagian Kuala Krau akan diadakan pada 28 Febuari 2009 hari Sabtu bertempat di Pejabat PKR Bahagian di Pekan Kuala Krau.

Wanita PKR akan mengadakan mesyuarat bulanan AJKnya pada jam 4.00 petang sementara Angkatan Muda Keadilan pula jam 9.00 malam.

Difahamkan akan turut serta dalam mesyuarat tersebut ialah Sdr. Rizal Jamin selaku Ketua AMK Pahang.

Wednesday, February 25, 2009

SASARAN MAC 2009

Oleh Khalid AK

PEKAN KUALA KRAU: 26 Febuari 2009: Dalam bulan Mac 2009 ini 2 kampung dan satu Felda diletakkan sebagai sasaran utama program Biro Penerangan dalam Langkah 2009 Penerangan PKR Kuala Krau.

Menurut Ketua Penerangannya Sdr. Ab. Kadir Abd. Manap, "Kampung Dato Sharif dan Felda Jenderak Selatan adalah dua kawasan yang mana Biro Penerangan akan memainkan peranan penting memberikan penerangan dengan cara tertentu agar dapat membentuk AJK Bertindak kalau pun masih belum mampu menubuhkan cawangan."

Sementara Kampung Gong Halt yang sudah ada cawangan hanya ditumpukan kepada usaha peningkatan penerangan serta penyusunan kerja untuk menghasilkan perkembangan parti yang mantap, antaranya ialah mengadakan mesyuarat AJK Cawangan dan melaksanakan beberapa program di cawangan tersebut.

"Pada 6 Febuari jam 9.00 malam bertempat di rumah Pak Haji Daud di Kampung Gong Halt akan diadakan ceramah yang akan dihadiri oleh Sdr Cikgu Bad selaku MPT Parti Keadilan Rakyat bersama Sdr. Abdullah Karim, Penasihat Undang-Undang PAS Negeri Pahang merangkap Exco Pemuda PAS Pusat.

Sdr. Ab. Kadir juga menjelaskan, "Biro Penerangan ini tertakluk kepada arahan-arahan yang dibuat oleh Ketua Bahagian. Oleh itu masa dalam bulan Mac ini banyak ditumpukan ke 3 buah kampung yang disebutkan tadi disamping melaksanakan tugas beberapa program sebagai sampingan di kampung-kampung, kawasan perumahan dan Felda yang sudah tertubuh cawangan."

Monday, February 23, 2009

MENUBUHKAN CAWANGAN DITERUSKAN

Oleh Khalid AK

KG DATO SHARIFF: 24 Febuari 2009: Parti Keadilan Rakyat sedang berusaha menubuhkan beberapa lagi cawangan dalam DUN Jenderak untuk memudahkan gerak kerja kepada rakyat di setiap kampung yang terlibat.

"Usaha ini mesti dilakukan bersama oleh setiap ahli dan Ajk Bahagaian berserta biro-biro yang ditubuhkan," Jelas Sdr Haji Suhaimi Said selaku Ketua Bahagian PKR Kuala Krau.

Difahamkan PKR Bahagian Kuala Krau telah berjaya menubuhkan beberapa cawangan antaranya Kg. Penderas, Kg. Pasu, Kg. Pian, Kg. Paya Pelong, Kg. Berdot, Kg. Paya Luas, Kg. Gong Halt dan Felda Jenderak Utara.

Sementara beberapa buah kampung dan taman perumahan masih lagi dalam Jawatankuasa Bertindak ke arah penubuhan cawangan.

Seterusnya beliau menjelaskan, "sasaran utama awal ini mesti ditumpukan di Kampung Dato Sharif, Felda Jenderak Selatan, Pekan Kuala Krau dan Kampung Kuala Mai."

Sasaran kedua pula ialah Kg Paya Mendoi, Kg Masjid, Kg. Jenderak. Dimana setiap perengkat sasaran itu dijangka dalam tempuh sebulan ke dua bulan untuk tertubuhnya cawangan ataupun Jawatankuasa Bertindak.


Sunday, February 22, 2009

PROGRAM TERDEKAT BIRO PENERANGAN PKR

Oleh Khalid AK

PEKAN KUALA KRAU: 23 Febuari 2009: Biro Penerangan PKR Bahagian Kuala Krau telah menyusun program terdekatnya dengan tumpuan dikhususkan kepada kegiatan penerangan di DUN Jenderak.

Menurut Ketua Penerangannya, Ab Kadir Abd Manap, "program ini dilaksanakan atas dasar menyampailkan maklumat parti dan isu semasa` kepada` rakyat dan menerima maklumat dari rakyat untuk diangkat ke tindakan bahagaian."

Seterusnya beliau menjelaskan, usaha menyampaikan maklumat kepada rakyat akan dilakukan dengan menggunakan sebaran am dari rumah ke rumah agar sampai betul kepada rakyat, begitu juga dengan maklumat rakyat dari sekecil maklumat hingga sebesarnya akan di angkat ke bahagian untuk tindakan seterusnya.

Biro ini juga telah membahagikan sejumlah 7 Zon kerja Penerangan yang melibatkan 41 buah kampung, taman perumahan, ladang serta felda dalam DUN Jenderak.

Kerja menggunakan zon kerja ini akan dilaksanakan dan nilai hasil kerjanya akan diukur selama 3 bulan dari Mac 2009. Jika ianya berjaya akan diteruskan tetapi jika gagal akan dfcari usaha mengatasinya.

PECAHAN ZON.

ZON 1:

1. Kg. Cengkebik
2. Kg. Gajah Mati
3. Kg. Dato Shariff
4. Kg. Sg. Dalam
5. Ladang Sungai Tekal
6. Kg. Jenderak
7. Kg. Pandan
8. Perumahan Taman Bahagia

ZON 2:
1. Kg. Paya Pelong (OA)

ZON 3:
1. Tanjung Kubu
2. Perumahan Taman Kuala Krau
3. Perumahan Taman Mewah
4. Perumahan Taman Sri Desa.
5. Kawasan Klinik Kuala Krau
6. Pekan Kuala Krau
7. Kg Baru Cina
8. Sekolah Agama Kuala Krau
9. Kg Pekan Sahari.

ZON 4:
1. Kg Masjid
2. Kg Seboi
3. Kg. Kuala Mai
4. Kg. Gong Halt
5. Kg Paya Sok

ZON 5:
1. Kg Ulu Jenot
2. Felda Jenderak Utara
3. Felda Jenderak Selatan
4. Kg. Rekoh (OA)
5. Kg. Berdot (OA)

ZON 6:
1. Kg Terengging
2. Kg Paya Luas
3. Kg Paya Mendoi (OA)
4. Kg Sebaoi (OA)
5. Kg Paya Luas Tengah.
6. Kg Paya Luas Kg Baru.

ZON 7:
1. Kg Penderas (OA)
2. Kg Pasu (OA)
3. Kg Lubok Wong (OA)
4. Kg Pian (OA)
5. Kg Galong (OA)
6. Kg Terbol (OA)

Nota: OA = Orang Asal

Sementara itu kerja-kerja penyebaran risalah parti akan dilakukan setiap pagi Pekan Sahari Kuala Krau dan di setiap waktu Pekan Sahari atau Pasar Malam di beberapa tempat dalam DUN Jenderak.

Biro Penerangan juga meminta kerjasama dari semuanya pihak pimpinan dan ahli untuk mengaktifkan kerja tersebut dengan cara bersistem. Segala bahan sebaran maklumat akan disediakan oleh Biro politik dan Organisasi.

TUBUH BIRO HAL EHWAL FELDA

Oleh Khalid AK

FELDA JENDERAK UTARA: 23 Febuari 2009: Parti Keadilan Rakyat Bahagian Kuala Krau berjaya menubuhkan Biro Hal Ehwal Felda Bahagian tersebut semalam di rumah Alisyak Idris.

PENGERUSI:
Mohd Nor Bakar.

TIMBALAN PENGERUSI:
Norhayati Abdul Ghani.

NAIB PENGERUSI:
Fauzi Nordin.

SETIAUSAHA:
Azmi Zainon.

PENOLONG SETIAUSAHA:
Roslan Osman.

AHLI-AHLI JAWATANKUASA:
Aliasyak Idris.
Ahmad Nizamuddin Aliasyak.
Ab. Razak Hussin.
Zaidi Omar.

Beberapa orang lagi ahli Jawatankuasa akan dilantik dari Felda Jenderak Utara dan Felda Jenderak Selatan dan dari beberapa Felda dalam Bahagian Kuala Krau.


Friday, February 20, 2009

LANGKAH 2009 PKR TAWAN DUN JENDERAK

Oleh Khalid AK

PEKAN KUALA KRAU: 21 Febuari 2009: Para pemimpin semua perengkat PKR dalam Bahagian Kuala Krau diseru supaya memperhebatkan gerak kerja untuk menawan 3 DUN dalam Bahagian Kuala Krau dan secara langsung menawan Parlimen Kuala Krau dalam Pilihanraya Umum ke 13 nanti.

Demikian ditegaskan oleh Ketua Penerangan PKR Bahagian Kuala Krau, Sdr Ab. Kadir Abd. Manap ketika menyusun dasar gerak kerja yang bertajuk 'Langkah 2009 PKR Kuala Krau'.

Beliau seterusnya menjelaskan, "gerak kerja PKR banyak ditumpukan setakat ini di DUN Jenderak kerana harapan kita untuk meletakkan calon PKR di DUN tersebut seperti yang berlaku pada PRU ke 12 dulu, sementara DUN Jengka dan DUN Kerdau gerak kerjanya diusahakan oleh PAS, tetapi PKR akan terus memberikan kerjasama untuk kedua DUN tersebut seperti PKR mengharapkan PAS terus memberikan kerjasamnya di DUN Jenderak."

Difahamkan, gerak kerja dalam program 'Langkah 2009' yang diuruskan oleh Biro Penerangan bukan sahaja mengadakan ceramah tetapi lebih menekan kepada sebaran umum untuk memberikan maklumat parti dan isu semasa kepada masyarakat tempatan.

"Kerja pengedaran risalah dari rumah ke rumah akan dikembalikan budaya tersebut walaupun ianya tidak dilaksanakan sekarang ini selepas PRU 12, sedangkan PKR Bahagian Kuala Krau keahliannya semakin bertambah, tetapi tenaga kerja untuk menyebarkan maklumat parti kepada rakyat berkurangan," tegas Sdr. Ab. Kadir.

Beliau juga menekankan supaya ahli-ahli parti serta pemimpin di semua perengkat dalam Bahagian Kuala Krau turun berkerja untuk parti bukan setakat bercakap dan menbuat berbagai cadangan dalam mesyuarat atau perjumpaan sahaja. Namun kemampuan seseorang itu juga boleh diambil kira tetapi jangan langsung tidak memberikan sumbangan kerja kepada parti.

"Kerana itu, kita akan memulakan kerja dengan memecahkan beberapa zon kerja tetapi tenaga kerja yang seragam serta masa yang dijadualkan. Jika langkah menyampaikan maklumat kepada rakyat dari rumah ke rumah ini tidak berjaya dijalankan, kita percaya DUN Jenderak tidak akan dapat ditawan dari BN di PRU 13 nanti," ujar beliau lagi.

Menurut beliau, zon yang mesti diberikan tumpuan pada perengkat awal ini ialah Zon Simpang Jenderak dan Zon Felda Jenderak untuk penubuhan cawangan. Sementara Zon yang lain-lain gerak kerja sebaran maklumat rumah ke rumah akan diteruskan sekurang-kurangnya seminggu sekali dilakukan.

Zon Simpang Jenderak mengandungi beberapa buah kampung dan taman perumahan iaitu antaranya: Kg Gajah Mati - Kg Dato Shariff - Kg Jenderak - Kg Laluan Keretapi - Taman Indah. Zon ini masih tidak ada satu pun cawangan yang ditubuhkan.

Sementara Zon Felda Jenderak tumpuan utamanya ialah untuk menubuhkan cawangan di Felda Jenderak Selatan sementara Felda Jenderak Utara telah ditubuhkan cawangan hanya untuk memperbanyakkan keahlian saja lagi.

Kerja berseragam ialah kerja saling bantu membantu antara ahli satu cawangan dengan cawangan yang lain dalam apa pun gerak kerjanya.

"Masa untuk kita turun berkerja sudah tiba semula, rakyat mesti diberikan maklumat tentang parti ini sepanjang masa, kita jangan hanya menunggu rakyat datang kepada kita tetapi kita yang datang kepada rakyat," tegas Sdr. Abd. Kadir lagi.




Thursday, February 19, 2009

BERSIAP SEDIA HADAPI PILIHANRAYA SEBAIK NAJIB JADI PRESIDEN UMNO

Oleh Khalid AK

SIMPANG JENDERAK: 20 Febuari 2009: Ahli-ahli dan penyokong Parti Keadilan Rakyat Bahagian Kuala Krau diminta supaya bersiap sedia menyusun dan memantapkan jentera pilihanraya dari sekarang ini.

Demikian ditegaskan oleh Sdr. Ab. Kadir bin Abd. Manap selaku Ketua Penerangan PKR Bahagian Kuala Krau ketika diminta pandangan beliau mengenai kegiatan PKR Kuala Krau yang semakin banyak.

"Kita bukan saja memperbanyakan ceramah Pakatan Rakyat di kampung-kampung dan taman-taman perumahan, tetapi kita juga sedang mengatur beberapa strategi untuk menghadapi BN dalam Pilihanraya Umum ke 13 yang dijangka diadakan secepat mungkin sebaik saja Najib mengambil alih kuasa Perdana Menteri dari Pak Lah," jelas beliau lagi.

Seterusnya beliau menambah, "kita tidak akan bersendirian dalam usaha melaksanakan program, kita akan bersama parti-parti Pakatan Rakyat dengan menumpukan gerak kerja di DUN Jenderak, DUN Jengka dan DUN Kerdau dalam Parlimen Kuala Krau."

Beliau juga menyatakan, pihak PKR bersama rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat tidak menunggu tarikh pembubaran Parlimen baru nak membuat kerja Pilihanraya tetapi dari sekarang ini sudah mula melatih para petugas dengan kerja-kerja tersebut, antaranya menggerakkan petugas menyampai maklumat dari rumah ke rumah di setiap kampung dan taman-taman perumahan disamping akan mengadakan beberapa kursus.

"PKR bersama Pakatan Rakyat telah berjaya menubuhkan beberapa cawangan di kampung-kampung dan taman perumahan kubu kuat Umno/Bn terutamanya di perkampungan Orang Asal Jahut," jelas Sdr. Ab Kadir lagi.

Dimaklumkan PKR Bahagian Kuala Krau amat beruntung kerana mendapat seorang pejuangan rakyat sebagai Ketua Bahagiannya iaitu Sdr. Haji Suhaimi Said yang telah berjaya melahirkan banyak kader-kader parti untuk turun kepada rakyat dengan tidak mengenali penat lelah dan tidak berkehendakan upah.

"Pada awalnya mungkin ada orang tidak terikut cara beliau berkerja tidak mengenal malam siang dan penat lelah, tapi lama kelamaan sudah seronok dan menjadi darah daging pula kepada mereka berjuang bersama rakyat," kata Sdr. Ab Kadir.







Wednesday, February 18, 2009

PENUBUHAN BIRO HAL EHWAL FELDA BHG KUALA KRAU

Oleh: Khalid AK

Felda Jenderak Utara: 19 Febuari 2009: Ahli-ahli Jawatankuasa PKR Bahagian Kuala Krau bersama Ahli Jawatankuasa AMK dan Wanita akan mengadakan mesyuarat penubuhan Biro Hal Ehwal Felda Bahagian PKR Kuala Krau pada 22. 02. 09 ini jam 5.00 petang di rumah Sdr Aliasyak di Felda Jenderak Utara ini.

Ahli-ahli PKR yang terdiri dari warga Felda dalam Bahagian Kuala Krau dijemput hadir sama di mesyuarat tersebut disamping individu yang berminat menyertai PKR dan menduduki jawatan kuasa yang akan dipilih dan dilantik nanti.

Demikian dijelaskan oleh Sdr. Azmi Zainon selaku Setiausaha PKR Bahagian Kuala Krau kepada wakil KKHP hari ini.

"Kita mahu seberapa ramai yang hadir untuk menubuhkan biro yang dianggap penting ini kerana dalam Bahagian Kuala Krau terdapat banyak kawasan-kawasan Felda terutamanya DUN Jengka sementara DUN Jenderak hanya 2 rancangan sahaja iaitu Felda Jenderak Utara dan Felda Jenderak Selatan.

Seterusnya Sdr. Azmi menyatakan, "berkemungkinan Sdr Haji Suhaimi Said selaku Ketua Bahagian tidak hadir atas nasihat doktor supaya beliau berehat, atas kesihatannya baru-baru ini namun penubuhan tersebut yang telah dirancang tetap diteruskan dengan kehadiran beberapa pimpinan Bahagian."

Sementara itu disebelah malamnya pula Biro Penerangan & Kebudayaan PKR Bahagian Kuala Krau akan mengadakan Mesyuarat Bulanannya yang pertama selepas Mesyuarat Agung Bahagian baru-baru ini.

Mesyuarat tersebut akan diadakan pada jam 9.00 malam, 22. 02. 09. bertempat di Pejabat PKR Bahagian Kuala Krau.

Nama-nama berikut adalah nama-nama yang telah dilantik dan dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan & Kebudayaan PKR Bahagian Kuala Krau:

Pengerusi: Ab. Kadir Abd. Manap (Ketua Penerangan Bhg)
Tim. Pengerusi: Haji Suhaimi Said.
Naib Pengerusi: Mokhtar Yasin.
Setiausaha: Azmi Zainun.
Pen. Setiausaha: Zaidi Omar.

Ahli Jawatankuasa:

1) Mohd Nor A Bakar
2) Abd Razak Hussin
3) Razak Mohamad
4) Abd. Manan Hassan
5) Hendon Jaafar
6) Srinivasan
7) Hassan Azhari
8) Aliasyak Idris
9) Anita Karim
10) Norhayati Ghani
11) Fauzi Nordin
12) Fauzi Pomen
13) Shafie Yaman
14) Kim Kassim
15) Ketua & Setiausaha AMK Bahagian
16) Ketua & Setiausaha Wanita Bahagian
17) Semua Ketua Penerangan AMK/Wanita
18) Semua Ketua Penerangan Cawangan.

Mesyuarat tersebut akan membincangkan beberapa program yang telah disusun untuk dilaksanakan serta merancang beberapa program berkaitan dengan penerangan dan kebudayaan di Bahagian Kuala Krau.

"Semuanya yang berkaitan diminta hadir pada kedua-dua mesyuarat tersebut untuk kemajuan parti disamping mendapat sedikit sebanyak isu semasa," jelas Sdr. Azmi lagi.

Monday, February 2, 2009

MESYUARAT PENUBUHAN PKR CAWANGAN KG PAYA PELONG

Oleh Khalid AK

KG PAYA PELONG: 3 Januari 2009: PKR Bahagian Kuala Krau, Pahang akan bertambah lagi cawangan dan keahliannya apabila satu lagi perkampungan Orang Asal belakang Pekan Kerdau akan menubuhkan cawangan parti tersebut pada jam 4.30 petang ini.

Menurut Setiausaha PKR Bahagian Kuala Krau, Sdr Azmi Zainon, "keahlian PKR cawangan kampung ini telah cukup untuk penubuhan cawangan."

"Kalau dulu masyarakat Orang Asal menjadi tempat Umno/Bn mendapat sokongan padu tetapi di akhir-akhir ini mereka sudah berubah terutamnya golongan muda, mereka bukan saja mendekati PKR tetapi menjadi ahli dan ikut sama terlibat dalam Jawatankuasa Bahagian," ujar Sdr. Azmi selanjutnya.

Difahamkan Pengerusi PKR Negeri Pahang, Sdr Dato Fauzi Abdul Rahman akan merasmikan cawangan tersebut pada 5 Febuari ini jam 4.30 petang bersama Majlis Ceramah yang akan disertai oleh Ketua PKR Bahagian Kuala Krau Sdr Haji Suhaimi Said dan Ketua AMK Bahagian Kuala Krau Sdr. Hafez Harun.

Pihak PKR Bahagian Kuala Krau menjemput kehadiran yang ramai dii majlis tersebut agar memberikan semangat kepada masyarakat kampung tersebut.

Sunday, February 1, 2009

BERSIAP KE CHANGKAT JERING & BEHRANG

Oleh Khalid AK

KUALA KRAU: 2 Febuari 2009: PKR Bahagian Kuala Krau, Pahang sekali lagi akan menghantar beberapa orang petugas untuk membantu Pakatan Rakyat dalam 2 Pilihanraya Kecil DUN Behrang dan DUN Changkat Jering yang dikosongkan oleh penyandangnya semalam.

"PKR Bahagian Kuala Krau akan terus membantu sepenuh masa untuk kedua-dua DUN tersebut kekal di tangan Pakatan Rakyat," jelas Sdr. Azmi Zainun selaku Setiausaha bahagian tersebut.

Seterusnya beliau menyatakan, "kalau di Kuala Terengganu kita berhempas pulas membantu calon Pakatan Rakyat dari PAS merampas kerusi parlimen tersebut, di Perak juga kita tidak akan ketinggalan."

Difahamkan tidak kurang dari 15 orang petugas dari PKR Bahagian Kuala Krau akan membantu kedua-dua DUN tersebut sebaik sahaja tarikh penamaan calon diumumkan oleh SPR. Petugas-petugas tersebut akan dipimpin oleh Ketua Bahagian Sdr. Haji Suhaimi Said.

"Oleh kerana Behrang agak jauh juga dengan Changkat Jering, mungkin kami berpecah dua dengan diketuai oleh mereka yang ditentukan oleh Ketua Bahagian," Jelas Sdr. Azmi.

Friday, January 30, 2009

BACA PUISI MENENTANG PPSMI - PENYAIR BERI SAMBUTAN

Oleh Khalid AK.

JENDERAK UTARA: 30 Januari 2009: Majlis Baca Puisi yang bertemakan menentang Pengajaran Pembelajaran Sains dan Metametik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dilaksanakan oleh Kerajaan Barisan Nasional yang akan diadakan di Kawasan Niaga Felda Jenderak Utara pada 7 Febuari 2009, jam 9.00 malam mula mendapat sambutan dari beberapa orang penyair.

"Kini sudah 11 orang penyair dari Kuala Lumpur dan Pahang yang mendaftarkan nama untuk turut sama membaca puisi-puisi bertemakan menentang PPSMI ini," jelas Ab. Kadir Manap selaku Ketua Biro Kebudayaan PKR Bahagian Kuala Krau.

Beliau juga menyatakan, "selain dari penyair yang terkemuka antaranya Sdr Yassin Salleh, Dharmala NS, Dato Kamal Amir Hijaz, Dato Dr Mansor Abdullah dan Yasleh Rita Ayu serta beberapa orang lagi, majlis itu juga akan disertai oleh Cikgu Bad selaku Ahli MPT PKR dan Haji Suhaimi Said selaku Ketua Bahagian PKR Bahagian Kuala Krau merangkap Pengerusi Jawatankuasa Baca Puisi tersebut."

"Selama ini jika ada masyarakat menganggap penyair hanya mendendangkan keindahan kata-kata menjalin bait puisi untuk alam dan kehidupan yang dianggap menghayalkan tetapi anggapan itu amat salah, penyair mempunyai jiwa perjuangannya tersendiri dalam melengkari arus alam dan kehidupan manusia sejagat," tegas Sdr. Ab. Kadir lagi.

Oleh itu beliau menyeru pada tarikh dan waktu tersebut Felda Jenderak Utara perlu dihadiri oleh mereka yang ingin memahami jiwa penyair tanahair dalam semangat juang untuk bangsa, negara dan tanahair.

"Pada kami tidak ada emas ringgit untuk disogokan, tidak ada jamuan mewah untuk dihidangkan namun perjuangan kami untuk mempertahankan Fasal 152 Perlembagaan Persekutuan yang diperkosai oleh pemimpin Umno/Bn tetap kami tentang hingga PPSMI hancur atau kami berkubur," tegas Sdr. Ab Kadir lagi.

Tuesday, January 27, 2009

PKR BAHAGIAN KUALA KRAU TUBUH BIRO-BIRO

Oleh Khalid AK

KUALA KRAU: 28 Januari 2009: Beberapa biro terpenting sebagai nadi pergerakan parti telah ditubuhkan oleh PKR Bahagian Kuala Krau pada Mesyuarat AJK bahagian tersebut baru-baru ini.

Demikian dijelaskan oleh Sdr. Azmi Zainun selaku Setiausaha bahagian ketika dihubungi oleh wakil KKHB.

"Biro-biro yang telah ditubuhkan adalah antara biro-biro yang penting didahulukan bagi menggerakkan parti turun ke rakyat," jelas Sdr. Azmi.

Biro-biro tersebut seperti berikut:

1) BIRO POLITIK, ORGANISASI DAN PENTADBIRAN
Dipengerusikan oleh Sdr. Haji Suhaimi Said.

2) BIRO KHAS HAL EHWAL ORANG ASAL
Dipengerusikan oleh Sdr. Haji Suhaimi Said.

3) BIRO PENERANGAN
Dipengerusikan oleh Sdr. Ab. Kadir Abd. Manap.

4) BIRO KEAHLIAN & HAL EHWAL CAWANGAN
Dipengerusikan oleh Sdr. Zaidi Omar.

5) BIRO KEWANGAN
Dipengerusikan oleh Sdr. Hendon Jaafar.

6) TASK FORCE
Dipengerusikan oleh Sdr. Abdul Razak Hussain.

7) BIRO SUKAN
Dipengerusikan oleh Sdr. Mohd Hafez Harun.

8) BIRO PILIHANRAYA
Dipengerusikan oleh Sdr. Haji Suhaimi Said.

9) BIRO KEBUDAYAAN
Dipengerusikan oleh Sdr. Ab. Kadir Abd. Manap.

10) BIRO HUBUNGAN KAUM
Dipengerusikan oleh Sdr. Mahmud Hassan.

Biro Ekonomi dan Tenaga Kerja masih lagi dalam penubuhannya.

Sdr. Haji Suhaimi selaku Ketua Bahagian PKR Kuala Krau amat mengharapkan supaya ahli-ahli jawatankuasa yang menganggotai biro-biro menumpukan sepenuh perjuangan dan menghadiri mesyuarat biro-biro yang sebaik-baiknya diadakan sebulan sekali sebelum mesyuarat ajk bahagian diadakan.

"Kita mahu segala perancangan akan dilaksanakan dan ianya mestilah mempunyai kesan nilai gerak kerja tersebut untuk mengembang dan menguatkan pengaruh parti di hati rakyat, agar rakyat yakin bahawa PKR mampu membawa harapan baru kepada kehidupan mereka yang selama ini dalam keadaan terumbang-ambing dibawah Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional," tegas Sdr. Haji Suhaimi Said.

Friday, January 23, 2009

KAMBING HITAM KABURKAN RASUAH UMNO

Oleh Khalid AK

KUALA KRAU: 24 Januari 2009: UMNO mula mengkambing hitamkan beberapa orang ahli dan pimpinan sederhananya untuk mengaburi amalan rasuah atau bahasa pemimpin UMNO sebagai politik wang.

"Penahanan dan pendakwaan yang dilakukan oleh SPRM terhadap beberapa orang ahli UMNO baru-baru ini dianggap sebagai usaha mengaburkan amalan rasuah UMNO yang terdedah selama ini untuk meraih kemenangan samada semasa Pemilihan UMNO atau dalam Pilihan Raya Umum atau Kecil," ujar Sdr Ab. Kadir Manap selaku Ketua Penerangan PKR Bahagian Kuala Krau.

Seterusnya beliau mengatakan, "untuk siapa suapan itu dibuat ? Dari mana wang suapan itu diperolehi ? Ini semua melibatkan kepimpinan UMNO hingga ke akar umbi."

Menurut beliau lagi, "pemimpin atasan membariskan calon-calon kroni mereka untuk mereka terus berkuasa, dengan ini mereka pasti menggunakan agen-agen untuk pencalonan dari cawangan hingga ke bahagian hingga perengkat pusat, maka berlakulah lobi melobi dan suapan."

"PKR bukan mahu campur tak tentu pasal dengan apa yang berlaku dalaman UMNO tetapi penyakit rasuah adalah penyakit yang paling buruk dan jahat, bukan sahaja merosakkan seseorang, atau sesebuah organisasi politik tetapi ianya boleh menjalar kepada kehancuran sesebuah negara jika parti yang memerintah itu mengamalkan rasuah untuk berkuasa," tegas Sdr. Ab. Kadir lagi.

Difahamkan kini mulai ramai ahli-ahli UMNO mencari jalan keluar dari kepompong amalan rasuah UMNO dengan menyertai Parti Keadilan Rakyat dan parti-parti dalam PAKATAN RAKYAT.

"Apakah dengan penangkapan dan pendakwaan beberapa kerat ahli UMNO, maka UMNO bersih dari politik wang atau rasuah? Jawapannya tidak kerana sudah menjadi amalan UMNO," jelas Sdr. Ab. Kadir.

Wednesday, January 21, 2009

AL-FATIHAH

Oleh Khalid AK

KG PAYA LUAS: 22 Januari 2009: Jenazah isteri kepada Sdr Shaari Yaman, Timbalan Pengerusi Tetap PKR Bahagian Kuala Krau telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Paya Luas, Kuala Krau tengahari semalam.

Allahyarhamah Hashimah binti Abu Hassan, 53 tahun yang mengidap sakit lumpuh sejak 3 tahun lalu telah menghembuskan nafas terakhirnya pada malam semalam di rumahnya di sini.

Selain dari sanak saudara serta jiran sekampung yang menziarahi jenazah Allayarhamah, turut sama ialah Ketua PKR Bahagian Kuala Krau Sdr Haji Suhaimi Said, Ketua AMK Bahagian Kuala Krau Sdr. Hafez Harun, Setiausaha PKR Bahagian Kuala Krau Sdr Azmi Zainun dan beberapa pemimpin PAS dan PKR Kuala Krau.

Sdr. Ab. Kadir Manap selaku Ketua Penerangan PKR Bahagian Kuala Krau yang ditemui diperkebumian jenazah Allahyarhamah menyampaikan ucapan takziah bagi pihak PKR Bahagian Kuala Krau disamping mengharapkan Sdr Shaari dan keluarga tabah menghadapi takdir yang ditentukan oleh Allah SWT kepada hambaNya.

"Kami berdoa moga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempat bersama roh orang-orang yang beriman di sisi Allah," ujar Sdr. Ab. Kadir.

Al-Fatihah!

Monday, January 19, 2009

JAHUT DISAMAN USAHA TANAH PERKAMPUNGAN NENEK MOYANG

Oleh Khalid AK

KAMPUNG PASU: 20 Januari 2009: Seorang lelaki Jahut dari Kampung Pasu, Kuala Krau akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Temerloh pada 21 Januari 2009 ini kerana disaman oleh pihak Jabatan Perhilitan.

Menurut Sdr. Baseri Hok seorang penduduk kampung tersebut juga Ketua Cawangan PKR Kampung Pasu dan AJK PKR Bahagian Kuala Krau, bahawa lelaki yang disaman itu atas tuduhan meneroka tanah hutan milik Jabatan Perhilitan.

Namun begitu difahamkan lelaki tersebut mengusahakan semula tanah kampung peninggalan nenek moyang mereka yang pernah berkampung di kawasan seberang Sungai Krau.

"Pihak kami Orang Asal dari suku Jahut di sini akan memberikan sokongan kepada rakan kami yang disaman itu, kerana itu kami akan mengiringnya ke Mahkamah Temerloh sekurang-kurangnya seramai sebuah bas yang kami sewa," jelas Sdr. Baseri Hok.

Beliau juga meminta supaya rakan-rakan dari luar kawasan perkampungan Orang Asal di sini memberikan sokongan kepada penduduk yang teraniaya itu.

Dijangka Ketua PKR Bahagian Kuala Krau Sdr Haji Suhaimi Said bersama Ketua Penerangan PKR Bahagian Kuala Krau Sdr. Ab. Kadir Manap akan bersama-sama penduduk Kampung Pasu untuk memberikan sokongan kepada mangsa kezaliman Kerajaan Barisan Nasional itu.

PKR KUALA KRAU MENERUSKAN SEMULA PROGRAM

Oleh Khalid AK

KUALA KRAU: 20 Januari 2009: Parti Keadilan Rakyat Bahagian Kuala Krau akan meneruskan semula beberapa rogram yang diatur setelah ditangguhkan seketika kerana membantu PAS dalam Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu dari 6 hingga 17 Januari yang lalu.

Menurut Sdr Azmi Zainun selaku Setiausaha Bahagian, beberapa program terdekat yang ditangguhkan akan berjalan semula antaranya lawatan ke cawangan-cawangan, ceramah, sebaran risalah serta mesyuarat.

"Yang terdekat ialah Mesyuarat pembentukan Ahli Jawatan Kuasa Angkatan Muda Keadilan (AMK) Bahagian Kuala Krau yang diketuai oleh Sdr. Hafez Harun, disamping lawatan ke cawangan-cawangan untuk mengetahui perkembangan dan permasalahan cawangan," jelas Sdr. Azmi Zainun yang menghubungi wakil KKHB.

Difahamkan AMK Bahagian Kuala Krau akan mengadakan mesyuarat pembentukan AJKnya pada 24 Januari ini jam 3.00 petang sementara Mesyuarat pembentukan AJK Wanita PKR Bahagian Kuala Krau di adakan pada 25 Januari ini jam 3.00 petang. Kedua-dua mesyuarat tersebut diadakan di Pejabat PKR Bahagian Kuala Krau.

Sdr. Azmi Zainun juga meminta supaya setiap ahli-ahli AMK dan Wanita di cawangan-cawangan termasuk yang masih dalam penajaan menghadiri mesyuarat tersebut.

Tuesday, January 13, 2009

PETUGAS PKR KUALA KRAU KE PRK KUALA TERENGGANU

Oleh Khalid AK

KUALA KRAU: 14 Januari 2009: Beberapa orang petugas PKR Bahagian Kuala Krau akan ke Kuala Terengganu hari ini untuk membantu kerja-kerja kempen calon PAS di Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu.

Demikian dinyatakan oleh Timbalan Ketua PKR Bahagian Kuala Krau, Sdr Ab. Razak Hussain yang dihubungi melalui telefon.

"Kumpulan pertama yang diketuai oleh Ketua Bahagian Kuala Krau Haji Suhaimi Said telah berada di sana sejak 6 Januari lalu, kini kumpulan kedua dari Bahagian ini yang akan turut serta Ketua Penerangan Bahagian Sdr Ab. Kadir Manap dimana mereka akan bergabung kerja dengan kumpulan pertama," jelas Sdr Razak.


Monday, January 12, 2009

PROGRAM BANTAH PPSMI

Oleh Khalid AK

KUALA KRAU: 13 Januari 2009: PKR Bahagian Kuala Krau akan menyusun program untuk turut sama membantah PPSMI yang diamalkan oleh Kementerian Pelajaran.

Demikian ditegaskan oleh Sdr Ab. Kadir Manap selaku Ketua Penerangan PKR Bahagian Kuala Krau.

"Biro Penerangan akan bergabung dengan Biro Kebudayaan PKR Bahagian Kuala Krau ini untuk mengadakan beberapa program, antaranya menyebarkan risalah menentang PPSMI kepada penduduk Kuala Krau dan juga akan mengadakan Majlis Pembacaan Puisi," jelas beliau.

Menurut beliau lagi, program tersebut akan diadakan selepas Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu kerana beberapa pimpinan PKR Bahagian masih berada di Kuala Terengganu termasuk Ketua Bahagian Sdr Haji Suhaimi Said, Setiausaha Bahagian Sdr Azmi Zainun dan Puan Hendon Jaafar selaku Bendahari Bahagian.

"Kami akan mempelawa ahli-ahli Dewan Persuratan Melayu Pahang, ahli-ahli Prihatin Malaysia (PRIMA) dan orang perseorangan untuk turut sama meraikan majlis Baca Puisi tersebut," jelas Sdr Abd Kadir lagi.

Difahamkan beliau akan turut serta ke Majlis Baca Puisi Semponi Pasir Salak dan Perarakan Keranda 152 di Pasir Salak, Perak pada 24 dan 25 Januari ini untuk membantah PPSMI.

"PKR Bahagian Kuala Krau tetap bersama dengan badan-badan NGO lain yang menentang PPSMI sehingga pihak Kementerian Pelajaran memansuhkannya, bukan menangguhkan pemansuhannya," tegas Sdr Ab Kadir yang ditemui di Simpang Jenderak.

Dijangka Dato Ruhaine Ahmad, Datok Kamal Amir, Dato Mansor Abdullah, Dato Tengku Alauddin Tengku Abdul Majid, Haji Abdul Rahman Yusof, Syed Ahmad Syed Abdullah, Dharmala NS, Yassinsalleh, Mohd Sayuti Omar, Zakarian Bidin, Zainal Rasidin, Raja Abdullah Raja Jaafar, Yasleh Rita Ayu dan beberapa orang lagi penyair akan turut sama di program yang akan dianjurkan PKR Bahagian Kuala Krau.

Sunday, January 11, 2009

JAHUT SAMBUT BAIK PKR

Oleh: Khalid AK

KUALA KRAU: 12 Januari 2009: Orang Asal dari Suku Jahut yang mendiami beberapa perkampungan sekitar DUN Jenderak dalam Parlimen Kuala Krau sudah mula mengerti tentang tujuan dan matlamat perjuangan Parti Kedailan Rakyat.

Demikian dinyatakan oleh Sdr Kin Kassim, Ahli Jawatankuasa PKR Bahagian Kuala Krau yang juga Ketua Cawangan PKR Cawangan Kampung Penderas. Beliau adalah antara beberapa orang Suku Jahut yang giat berkempen untuk memperbanyakan ahli PKR di kawasan perkampungan Orang Asal.

"Dulu banyak Orang Asal Jahut ini tidak tahu tujuan dan arah perjuangan PKR, tapi dengan kempen yang dilakukan oleh pihak Bahagian pimpinan Haji Suhaimi Said, sudah banyak yang tahu dan sudah mula mereka memberikan sokongan," jelas Sdr Kin yang ditemui di Kampung Penderas 10 kilometer dari sini.

Menurut Sdr Kin lagi, " kunjung rumah ke rumah dengan hantar risalah parti, ceramah dari kampung ke kampung serta kunjungan sentiasa yang dibuat oleh pimpinan PKR Bahagian banyak membuka hati penduduk Jahut menyertai PKR."

"Mereka dulu tak tahu dan takut kena ugut oleh pimpinan UMNO, tapi sekarang tidak, mereka dah berani, mereka mahu hidup macam rakyat Malaysia yang lain, ada hak mendapatkan tanah, peluang pekerjaan dan serta pembangunan kampung," tegas Sdr. Kin.

Saturday, January 10, 2009

WANITA PKR KUALA KRAU BERMESYUARAT

Oleh Khalid AK

KUALA KRAU: 11 Januari 2009: Wanita Parti Keadilan Rakyat Bahagian Kuala Krau akan mengadakan mesyuaratnya pada 25 Januari 2009 akan datang bertempat di Pejabat Pusat Khidmat Rakyat, Pekan Kuala Krau jam 3.00 petang.

Demikian dimaklumkan oleh Sdr Zaidah binti Mat Hussin selaku Ketua Wanita PKR Bahagian Kuala Krau yang telah dipilih dalam Mesyuarat Agong Penubuhan PKR Bahagian Kuala Krau baru-baru ini.

"Di mesyuarat itu nanti kita akan memilih ahli jawatakuasa Wanita PKR Bahagian Kuala Krau antaranya Timbalan Ketua, Naib Ketua, Setiausaha, Bendahari, Ketua Penerangan dan Ahli-Ahli Jawatankuasa," jelas beliau.

Seterusnya beliau menambah, "kita mengharapkan supaya seluruh ahli wanita dalam Bahagian Kuala Krau hadir dimana jika ada kerumitan pengangkutan, pihak PKR Bahagian Kuala Krau akan meyediakannya."

Seterusnya beliau mengharapkan Ketua-Ketua dan Ahli Jawatankuasa setiap cawangan membantu Ketua-Ketua Wanita cawangan dalam urusan membawa ahli-ahli wanita cawangan menghadirkan diri ke mesyuarat tersebut.

Bagi urusan tersebut bolehlah berhubung dengan Setiausaha Bahagian dan Ketua Wanita Bahagian serta Ketua AMK Bahagian dimana pihak Bahagian telah berjannji untuk menyediakan pengangkutan percuma kepada mereka yang datang ke mesyuarat tersebut.

Friday, January 9, 2009

KEMPEN SERTAI PKR MULA BERBUAH ...



Oleh: Khalid AK

KUALA KRAU: 10 Januari 2009: Hasil dari langkah baru tahun 2009 untuk menambah keahlian Parti Keadilan Rakyat Bahagian Kuala Krau kini belum lagi sebulan awal tahun, Cawangan PKR Pekan Kuala Krau sudah menambah 9 orang lagi keahliannya.

Haji Abdullah Simat selaku Pengerusi Tetap Penaja PKR Cawangan Pekan Kuala Krau menyatakan, "pada saya sekarang sudah ada 9 ahli baru yang telah mengisi borang dan akan saya serahkan di Mesyuarat Penubuhan Jawatankuasa Wanita PKR Bahagian Kuala Krau pada 25 Januari 2009 ini, jam 3.00 petang."

"Dalam Mesyuarat Agong Penubuhan PKR Bahagian Kuala Krau lalu saya berjanji dalam masa terdekat untuk mencari seberapa ramai ahli, Alhamdulillah saya dapat buktikan, walaupun sikit tetapi itu sebagai tapak permulaan, InsyaAllah akan bertambah lagi."

Sementara itu Sdr Azmi Zainun selaku Setiausaha Bahagian PKR Kuala Krau yang berada di Kuala Terengganu berkempen membantu calon PAS ketika dihubungi menyatakan; Cawangan PKR Pekan Kuala Krau sudah boleh menubuhkan cawangannya secepat mungkin kerana telah melebihi 30 orang ahli berdaftar dengan kemasukan ahli baru itu.

Difahamkan beberapa orang Ahli Jawatankuasa Penaja PKR Cawangan Kampung Jenderak juga sedang berusaha menambah keahlian cawangan untuk cawangan tersebut mengadakan mesyuarat agong penubuhannya secepat mungkin.


Thursday, January 8, 2009

MENGANGKAT ANAK MUDA KE PERJUANGAN RAKYAT


Oleh: Khalid AK

KUALA KRAU: 9 Januari 2009: Angkatan Muda Keadilan akan meneruskan kempennya di Bahagian Kuala Krau untuk mengangkat anak-anak muda menjadi pejuang rakyat dalam negara demokrasi ini.

Ini ditegaskan oleh Sdr. Hafez Harun selaku Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Bahagian Kuala Krau selaku sayap utama parti tersebut.

"Kita akan turun untuk menyedarkan anak-anak muda tentang perjuangan parti yang membawa ke arah bertanggungjawab terhadap membangunkan rakyat yang selama ini dilalaikan oleh UMNO dan BN," jelas beliau.

Dimaklumkan banyak usaha yang dirancang untuk menyedarkan golongan muda terhadap tanggungjawab mereka sebagai generasi yang akan mentadbiri negara atau sekurang-kurangnya daerah dan kampung mereka.

Seterusnya berliau menambah, "kita tidak mahu mereka diketepikan sebagai pemimpin pelapis dan juga mereka tidak dilekakan dengan perkara-perkara yang merugikan masa depan mereka."

"Oleh itu penyusunan gerak kerja AMK Bahagian Kuala Krau akan disusun untuk 2009 ini mengikut perancangan yang disusun bersama Bahagian dan mengharapkan ahli-ahli jawatankuasa AMK Bahagian yang dilantik dan dipilih akan memainkan peranan penting dalam gerak kerja tersebut," jelas Sdr Hafez.

Sementara itu Haji Suhaimi Said selaku Ketua PKR Bahagian Kuala Krau yang dihubungi dari Kuala Terengganu menyatakan Bahagian Kuala Krau akan memulakan langkah dengan mengadakan beberapa kursus dalaman kepada ahli-ahli Jawatankuasa semua perengkat dan ahli-ahli dalam memahami Tujuan Dan Matlamat Perjuangan parti dengan 17 perkara dalam Fasal 5 Perlembagaan Parti Keadilan Rakyat.

Beliau yang sedang membantu calon PAS dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu menjelaskan, "kita mahu semua ahli parti mengetahui dan memahami perjuangan parti supaya mereka senang menyatakan kepada rakyat apa sebenarnya perjuangan parti ini."

"Disamping itu kita juga akan mengadakan beberapa siri ceramah kelompok, sebaran risalah dari rumah ke rumah di setiap kampung agar rakyat khususnya dalam Bahagian Kuala Krau menerima maklumat tentang isu-isu semasa dan memahami kehadiran PKR di Kuala Krau ini," jelas Haji Suhaimi.

Dalam usaha ini beliau menyatakan usaha turun ke rakyat akan berganding sama dengan para pertugas parti-parti PAKATAN RAKYAT iaitu PAS dan DAP dengan tidak menunggu masa-masa tertentu sahaja.


Tuesday, January 6, 2009

DUN JENDERAK KETINGGALAN

Oleh: Khalid AK

KUALA KRAU: 6 Januari 2009: Pekan Kuala Krau dan sekitar umumnya dalam DUN Jenderak adalah kawasan yang boleh dianggap ketinggalan dari segi pembangunan Daerah Temerloh jika dibandingkan dengan kawasan persekitaran Temerloh dan Mentakab.

"Kenyataaan ini berpandukan kepada Draf Pembangtunan Daerah Temerloh yang disediakan untuk 2007 hingga 2015," jelas Sdr Abdul Razak Hussain juga Timbalan Ketua PKR Bahagian Kuala Krau.

Beliau menjelaskan demikian setelah berakhirnya majlis Taklimat Draf Pembangunan Daerah Temerloh yang diadakan di Pusat Khidmat Rakyat Kuala Krau semalam yang dianjurkan oleh PAKATAN RAKYAT Kuala Krau.

Seterusnya beliau menambah, "Penduduk sekitar Pekan Kuala Krau dan dalam kawasan DUN Jenderak hendaklah segera membuat cadangan agar tidak ketinggalan dari pembangunan yang dirancang."

Difahamkan dari draf tersebut, hanya ada projek perumahan yang kecil, kawasan industri yang juga kecil serta kawasan perniagaan dan pejabat juga yang kecil saiznya. Selain itu sebatang jalan akan dibina dari Teris Lanchang ke Jenderak Selatan.

"Kalau ini saiz dan banyak bilangannya, jelaslah DUN Jenderak ketinggalan dari pembangunan yang besar dinikmati oleh DUN-DUN lain dalam Parlimen Temerloh dan Parlimen Kuala Krau, bagi Penduduk Orang Asal (Jahut) yang mendiami beberapa buah kampung dalam DUN ini langsung tidak disentuhi oleh draf pembangunan tersebut," jelas Sdr Abdul Razak Hussain.

Dalam taklimat tersebut juga berbangkit soal tanah padang ragut di Kg. Paya Luas, soal permohonan tanah yang tidak diluluskan bertahun-tahun, soal ketiadaan perhidmatan bomba, tandas awam yang terbiar serta ketiadaan tempat reakrasi di Pekan Kuala Krau sendiri.

Perkara tersebut ditimbulkan sendiri oleh penduduk di sekitar Kuala Krau yang hadir mendengar taklimat yang disampaikan oleh Panel Penerangan Draf Pembangunan Daerah Temerloh terdiri antaranya Haji Darus (Pimpinan PAS Temerloh), Peguam Nizam Hamid (PKR) , Peguam Abdullah Karim (PAS), Peguam Haji Suhaimi Said (PKR) dan Sdr Hashim Abdullah (PAS).

Ahli-ahli Jawatankuasa PKR Bahagian Kuala Krau dan Jawatankuasa Majlis Tindakan DUN (PAS) Jenderak juga terlibat sama menjayakan majlis tersebut yang bermula dari jam 9.30 hingga 12.00 malam.

Saturday, January 3, 2009

PKR KUALA KRAU KE KUALA TERENGGANU

Oleh: Khalid AK

KUALA KRAU: 3 Januari 2009: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Kuala Krau akan menghantar rombongan ke Kuala Terengganu untuk membantu calon PAS dalam Pilihanraya Kecil Parlimen tersebut.

Rombongan yang mungkin 2 perengkat ini diketuai oleh Ketua Bahagian PKR Kuala Krau, Haji Suhaimi Said. Perengkat pertama bertolak jam 10.00 pada 5 Januari dan perengkat kedua dijangka pada 10 Januari. Bagaimanapun rombongan perengkat kedua akan bergabung dengan perengkat pertama hingga ke hari pengundian.

Ab. Kadir Manap selaku Ketua Penerangan bahagian tersebut menjelaskan, "kami tidak dapat menghantar ramai kerana beberapa program di Kuala Krau sendiri telah disusun, namun mereka yang pergi diketuai oleh Saudara Ketua Bahagian adalah mereka yang benar-benar boleh menjalankan tugas berkempen untuk membantu kemenangan calon PAS."

"Kita tidak akan menghantar mereka ke sana sekadar untuk jalan-jalan, tengok-tengok dan cakap-cakap kosong yang tidak melaksanakan kerja seperti yang diarahkan parti, biar kami hantar sedikit asalkan mereka bertugas benar-benar," jelas beliau lagi.

Sementara itu Haji Suhaimi Said mengharapkan sesiapa saja dari PKR Kuala Krau yang datang ke Kuala Terengganu dalam tempuh kempen Pilihanraya Kecil Parlimen tersebut samada secara rombongan bahagian atau bersendirian akan turun bersama-sama berkempen antaranya menyebarkan risalah dari rumah ke rumah, merayu undi, mengadakan ceramah kelompok dan sentiasa mematuhi arahan dari pihak yang dipertanggungjawabkan dari masa ke masa.

Friday, January 2, 2009

HENTI SERANG HAMAS!!

Oleh: Khalid AK

KUALA KRAU: 2 Januari 2009: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kuala Krau membantah sekeras-kerasnya serangan yang dilakukan oleh Rejim Yahudi Israel terhadap Hamas umumnya bumi Palestin.

"Kita bukan sahaja mengutuk dan membantah Rejim Yahudi Israel yang jahat itu tetapi sekutu-sekutunya yang menutup sebelah mata serangan ke atas bumi Palestin," tegas Sdr Hafez Harun selaku Ketua AMK Bahagian Kuala Krau ketika ditemui selepas demontrasi PAKATAN RAKYAT di Perkarangan Masjid Besar Temerloh selepas Solat Jumaat sebentar tadi.

"Umat Islam dan rakyat Malaysia tidak boleh hanya mendengar dan memandang sahaja dengan kekejaman Rejim Yahudi Israel itu tetapi mestilah bertindak sekurang-kurangnya menyuarakan bantahan besar-besaran sebagai tanda simpati kepada mangsa serangan yang tidak berprikemanusiaan itu," tambah beliau lagi.

Beliau juga amat mengharapkan Kerajaan Malaysia sebagai anggota Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) tidak akan berdiam diri dengan serangan jahat dan jijik itu.

"Ini meruah Islam dan kemanusiaan, jangan pandang rengan dengan telatah zalim yang akan menghancurkan dunia Islam jika dibiarkan mereka berluasa melakukan serangan bila-bila masa," jelas beliau.

Sementara itu Setiausaha PKR Bahagian Kuala Krau, Sdr Azmi Zainun merasa kecewa dengan sikap Kerajaan Mesir yang menutup pintu sempadan negara tersebut yang mana menyekat pelarian Palestin untuk ke negara tersebut bagi mengelak menjadi mangsa serangan Rejim Yahudi Israel.

"Kerajaan Malaysia mesti mendesak Bangsa-Bangsa Bersatu secepat mungkin berbuat sesuatu sebelum bumi Palestin dihancurkan oleh kekejaman rejim jahat itu," tegas beliau yang turut sama dalam demontrasi tersebut.