Friday, January 2, 2009

HENTI SERANG HAMAS!!

Oleh: Khalid AK

KUALA KRAU: 2 Januari 2009: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kuala Krau membantah sekeras-kerasnya serangan yang dilakukan oleh Rejim Yahudi Israel terhadap Hamas umumnya bumi Palestin.

"Kita bukan sahaja mengutuk dan membantah Rejim Yahudi Israel yang jahat itu tetapi sekutu-sekutunya yang menutup sebelah mata serangan ke atas bumi Palestin," tegas Sdr Hafez Harun selaku Ketua AMK Bahagian Kuala Krau ketika ditemui selepas demontrasi PAKATAN RAKYAT di Perkarangan Masjid Besar Temerloh selepas Solat Jumaat sebentar tadi.

"Umat Islam dan rakyat Malaysia tidak boleh hanya mendengar dan memandang sahaja dengan kekejaman Rejim Yahudi Israel itu tetapi mestilah bertindak sekurang-kurangnya menyuarakan bantahan besar-besaran sebagai tanda simpati kepada mangsa serangan yang tidak berprikemanusiaan itu," tambah beliau lagi.

Beliau juga amat mengharapkan Kerajaan Malaysia sebagai anggota Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) tidak akan berdiam diri dengan serangan jahat dan jijik itu.

"Ini meruah Islam dan kemanusiaan, jangan pandang rengan dengan telatah zalim yang akan menghancurkan dunia Islam jika dibiarkan mereka berluasa melakukan serangan bila-bila masa," jelas beliau.

Sementara itu Setiausaha PKR Bahagian Kuala Krau, Sdr Azmi Zainun merasa kecewa dengan sikap Kerajaan Mesir yang menutup pintu sempadan negara tersebut yang mana menyekat pelarian Palestin untuk ke negara tersebut bagi mengelak menjadi mangsa serangan Rejim Yahudi Israel.

"Kerajaan Malaysia mesti mendesak Bangsa-Bangsa Bersatu secepat mungkin berbuat sesuatu sebelum bumi Palestin dihancurkan oleh kekejaman rejim jahat itu," tegas beliau yang turut sama dalam demontrasi tersebut.


No comments:

Post a Comment