Monday, January 12, 2009

PROGRAM BANTAH PPSMI

Oleh Khalid AK

KUALA KRAU: 13 Januari 2009: PKR Bahagian Kuala Krau akan menyusun program untuk turut sama membantah PPSMI yang diamalkan oleh Kementerian Pelajaran.

Demikian ditegaskan oleh Sdr Ab. Kadir Manap selaku Ketua Penerangan PKR Bahagian Kuala Krau.

"Biro Penerangan akan bergabung dengan Biro Kebudayaan PKR Bahagian Kuala Krau ini untuk mengadakan beberapa program, antaranya menyebarkan risalah menentang PPSMI kepada penduduk Kuala Krau dan juga akan mengadakan Majlis Pembacaan Puisi," jelas beliau.

Menurut beliau lagi, program tersebut akan diadakan selepas Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu kerana beberapa pimpinan PKR Bahagian masih berada di Kuala Terengganu termasuk Ketua Bahagian Sdr Haji Suhaimi Said, Setiausaha Bahagian Sdr Azmi Zainun dan Puan Hendon Jaafar selaku Bendahari Bahagian.

"Kami akan mempelawa ahli-ahli Dewan Persuratan Melayu Pahang, ahli-ahli Prihatin Malaysia (PRIMA) dan orang perseorangan untuk turut sama meraikan majlis Baca Puisi tersebut," jelas Sdr Abd Kadir lagi.

Difahamkan beliau akan turut serta ke Majlis Baca Puisi Semponi Pasir Salak dan Perarakan Keranda 152 di Pasir Salak, Perak pada 24 dan 25 Januari ini untuk membantah PPSMI.

"PKR Bahagian Kuala Krau tetap bersama dengan badan-badan NGO lain yang menentang PPSMI sehingga pihak Kementerian Pelajaran memansuhkannya, bukan menangguhkan pemansuhannya," tegas Sdr Ab Kadir yang ditemui di Simpang Jenderak.

Dijangka Dato Ruhaine Ahmad, Datok Kamal Amir, Dato Mansor Abdullah, Dato Tengku Alauddin Tengku Abdul Majid, Haji Abdul Rahman Yusof, Syed Ahmad Syed Abdullah, Dharmala NS, Yassinsalleh, Mohd Sayuti Omar, Zakarian Bidin, Zainal Rasidin, Raja Abdullah Raja Jaafar, Yasleh Rita Ayu dan beberapa orang lagi penyair akan turut sama di program yang akan dianjurkan PKR Bahagian Kuala Krau.

No comments:

Post a Comment