Saturday, January 3, 2009

PKR KUALA KRAU KE KUALA TERENGGANU

Oleh: Khalid AK

KUALA KRAU: 3 Januari 2009: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Kuala Krau akan menghantar rombongan ke Kuala Terengganu untuk membantu calon PAS dalam Pilihanraya Kecil Parlimen tersebut.

Rombongan yang mungkin 2 perengkat ini diketuai oleh Ketua Bahagian PKR Kuala Krau, Haji Suhaimi Said. Perengkat pertama bertolak jam 10.00 pada 5 Januari dan perengkat kedua dijangka pada 10 Januari. Bagaimanapun rombongan perengkat kedua akan bergabung dengan perengkat pertama hingga ke hari pengundian.

Ab. Kadir Manap selaku Ketua Penerangan bahagian tersebut menjelaskan, "kami tidak dapat menghantar ramai kerana beberapa program di Kuala Krau sendiri telah disusun, namun mereka yang pergi diketuai oleh Saudara Ketua Bahagian adalah mereka yang benar-benar boleh menjalankan tugas berkempen untuk membantu kemenangan calon PAS."

"Kita tidak akan menghantar mereka ke sana sekadar untuk jalan-jalan, tengok-tengok dan cakap-cakap kosong yang tidak melaksanakan kerja seperti yang diarahkan parti, biar kami hantar sedikit asalkan mereka bertugas benar-benar," jelas beliau lagi.

Sementara itu Haji Suhaimi Said mengharapkan sesiapa saja dari PKR Kuala Krau yang datang ke Kuala Terengganu dalam tempuh kempen Pilihanraya Kecil Parlimen tersebut samada secara rombongan bahagian atau bersendirian akan turun bersama-sama berkempen antaranya menyebarkan risalah dari rumah ke rumah, merayu undi, mengadakan ceramah kelompok dan sentiasa mematuhi arahan dari pihak yang dipertanggungjawabkan dari masa ke masa.

3 comments:

  1. terima kasih singgah di laman saya

    ReplyDelete
  2. Syabas Tuan Haji....!

    Sebagai 'orang muda' sudah pasti akan menyuntik semangat Jahut di KT.

    ReplyDelete
  3. JAGA ORANG-ORANG PAHANG ! BANJIR DAH NAK TIBA!
    YANG DI LURAH BERSIAPLAH KE BUKIT ! YANG SUSAH SIAPLAH MENERIMA BANTUAN BANJIR ! YANG MENGHETUNG BANTUAN PUN SIAP-SIAPLAH NAK AGIH-AGIHKAN BANTUAN ! INGAT TUHAN NAMPAK APA YANG KITA LAKUKAN ! IKHLAS ATAU MENGILAS !

    ReplyDelete