Thursday, January 8, 2009

MENGANGKAT ANAK MUDA KE PERJUANGAN RAKYAT


Oleh: Khalid AK

KUALA KRAU: 9 Januari 2009: Angkatan Muda Keadilan akan meneruskan kempennya di Bahagian Kuala Krau untuk mengangkat anak-anak muda menjadi pejuang rakyat dalam negara demokrasi ini.

Ini ditegaskan oleh Sdr. Hafez Harun selaku Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Bahagian Kuala Krau selaku sayap utama parti tersebut.

"Kita akan turun untuk menyedarkan anak-anak muda tentang perjuangan parti yang membawa ke arah bertanggungjawab terhadap membangunkan rakyat yang selama ini dilalaikan oleh UMNO dan BN," jelas beliau.

Dimaklumkan banyak usaha yang dirancang untuk menyedarkan golongan muda terhadap tanggungjawab mereka sebagai generasi yang akan mentadbiri negara atau sekurang-kurangnya daerah dan kampung mereka.

Seterusnya berliau menambah, "kita tidak mahu mereka diketepikan sebagai pemimpin pelapis dan juga mereka tidak dilekakan dengan perkara-perkara yang merugikan masa depan mereka."

"Oleh itu penyusunan gerak kerja AMK Bahagian Kuala Krau akan disusun untuk 2009 ini mengikut perancangan yang disusun bersama Bahagian dan mengharapkan ahli-ahli jawatankuasa AMK Bahagian yang dilantik dan dipilih akan memainkan peranan penting dalam gerak kerja tersebut," jelas Sdr Hafez.

Sementara itu Haji Suhaimi Said selaku Ketua PKR Bahagian Kuala Krau yang dihubungi dari Kuala Terengganu menyatakan Bahagian Kuala Krau akan memulakan langkah dengan mengadakan beberapa kursus dalaman kepada ahli-ahli Jawatankuasa semua perengkat dan ahli-ahli dalam memahami Tujuan Dan Matlamat Perjuangan parti dengan 17 perkara dalam Fasal 5 Perlembagaan Parti Keadilan Rakyat.

Beliau yang sedang membantu calon PAS dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu menjelaskan, "kita mahu semua ahli parti mengetahui dan memahami perjuangan parti supaya mereka senang menyatakan kepada rakyat apa sebenarnya perjuangan parti ini."

"Disamping itu kita juga akan mengadakan beberapa siri ceramah kelompok, sebaran risalah dari rumah ke rumah di setiap kampung agar rakyat khususnya dalam Bahagian Kuala Krau menerima maklumat tentang isu-isu semasa dan memahami kehadiran PKR di Kuala Krau ini," jelas Haji Suhaimi.

Dalam usaha ini beliau menyatakan usaha turun ke rakyat akan berganding sama dengan para pertugas parti-parti PAKATAN RAKYAT iaitu PAS dan DAP dengan tidak menunggu masa-masa tertentu sahaja.


No comments:

Post a Comment