Sunday, January 11, 2009

JAHUT SAMBUT BAIK PKR

Oleh: Khalid AK

KUALA KRAU: 12 Januari 2009: Orang Asal dari Suku Jahut yang mendiami beberapa perkampungan sekitar DUN Jenderak dalam Parlimen Kuala Krau sudah mula mengerti tentang tujuan dan matlamat perjuangan Parti Kedailan Rakyat.

Demikian dinyatakan oleh Sdr Kin Kassim, Ahli Jawatankuasa PKR Bahagian Kuala Krau yang juga Ketua Cawangan PKR Cawangan Kampung Penderas. Beliau adalah antara beberapa orang Suku Jahut yang giat berkempen untuk memperbanyakan ahli PKR di kawasan perkampungan Orang Asal.

"Dulu banyak Orang Asal Jahut ini tidak tahu tujuan dan arah perjuangan PKR, tapi dengan kempen yang dilakukan oleh pihak Bahagian pimpinan Haji Suhaimi Said, sudah banyak yang tahu dan sudah mula mereka memberikan sokongan," jelas Sdr Kin yang ditemui di Kampung Penderas 10 kilometer dari sini.

Menurut Sdr Kin lagi, " kunjung rumah ke rumah dengan hantar risalah parti, ceramah dari kampung ke kampung serta kunjungan sentiasa yang dibuat oleh pimpinan PKR Bahagian banyak membuka hati penduduk Jahut menyertai PKR."

"Mereka dulu tak tahu dan takut kena ugut oleh pimpinan UMNO, tapi sekarang tidak, mereka dah berani, mereka mahu hidup macam rakyat Malaysia yang lain, ada hak mendapatkan tanah, peluang pekerjaan dan serta pembangunan kampung," tegas Sdr. Kin.

1 comment:

  1. moga-moga orang Asli Pahang terbela melalui PKR!

    ReplyDelete