Friday, January 9, 2009

KEMPEN SERTAI PKR MULA BERBUAH ...



Oleh: Khalid AK

KUALA KRAU: 10 Januari 2009: Hasil dari langkah baru tahun 2009 untuk menambah keahlian Parti Keadilan Rakyat Bahagian Kuala Krau kini belum lagi sebulan awal tahun, Cawangan PKR Pekan Kuala Krau sudah menambah 9 orang lagi keahliannya.

Haji Abdullah Simat selaku Pengerusi Tetap Penaja PKR Cawangan Pekan Kuala Krau menyatakan, "pada saya sekarang sudah ada 9 ahli baru yang telah mengisi borang dan akan saya serahkan di Mesyuarat Penubuhan Jawatankuasa Wanita PKR Bahagian Kuala Krau pada 25 Januari 2009 ini, jam 3.00 petang."

"Dalam Mesyuarat Agong Penubuhan PKR Bahagian Kuala Krau lalu saya berjanji dalam masa terdekat untuk mencari seberapa ramai ahli, Alhamdulillah saya dapat buktikan, walaupun sikit tetapi itu sebagai tapak permulaan, InsyaAllah akan bertambah lagi."

Sementara itu Sdr Azmi Zainun selaku Setiausaha Bahagian PKR Kuala Krau yang berada di Kuala Terengganu berkempen membantu calon PAS ketika dihubungi menyatakan; Cawangan PKR Pekan Kuala Krau sudah boleh menubuhkan cawangannya secepat mungkin kerana telah melebihi 30 orang ahli berdaftar dengan kemasukan ahli baru itu.

Difahamkan beberapa orang Ahli Jawatankuasa Penaja PKR Cawangan Kampung Jenderak juga sedang berusaha menambah keahlian cawangan untuk cawangan tersebut mengadakan mesyuarat agong penubuhannya secepat mungkin.


No comments:

Post a Comment