Monday, January 19, 2009

PKR KUALA KRAU MENERUSKAN SEMULA PROGRAM

Oleh Khalid AK

KUALA KRAU: 20 Januari 2009: Parti Keadilan Rakyat Bahagian Kuala Krau akan meneruskan semula beberapa rogram yang diatur setelah ditangguhkan seketika kerana membantu PAS dalam Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu dari 6 hingga 17 Januari yang lalu.

Menurut Sdr Azmi Zainun selaku Setiausaha Bahagian, beberapa program terdekat yang ditangguhkan akan berjalan semula antaranya lawatan ke cawangan-cawangan, ceramah, sebaran risalah serta mesyuarat.

"Yang terdekat ialah Mesyuarat pembentukan Ahli Jawatan Kuasa Angkatan Muda Keadilan (AMK) Bahagian Kuala Krau yang diketuai oleh Sdr. Hafez Harun, disamping lawatan ke cawangan-cawangan untuk mengetahui perkembangan dan permasalahan cawangan," jelas Sdr. Azmi Zainun yang menghubungi wakil KKHB.

Difahamkan AMK Bahagian Kuala Krau akan mengadakan mesyuarat pembentukan AJKnya pada 24 Januari ini jam 3.00 petang sementara Mesyuarat pembentukan AJK Wanita PKR Bahagian Kuala Krau di adakan pada 25 Januari ini jam 3.00 petang. Kedua-dua mesyuarat tersebut diadakan di Pejabat PKR Bahagian Kuala Krau.

Sdr. Azmi Zainun juga meminta supaya setiap ahli-ahli AMK dan Wanita di cawangan-cawangan termasuk yang masih dalam penajaan menghadiri mesyuarat tersebut.

No comments:

Post a Comment