Wednesday, December 31, 2008

TERUSKAN PERJUANGAN UNTUK RAKYAT

Oleh: Khalid AK

KUALA KRAU: `1 Januari 2009. Sempena menyambut 1430 Hijrah dan 2009 Masihi, rakyat diseru berjuang terus dengan penuh gigih untuk keluar dari kongkongan pemikiran yang dibekukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab demi terus mempertahankan kekuasaan pemerintahan mereka.

Demikian ditegaskan oleh Haji Suhaimi Said selaku Ketua PKR Bahagian Kuala Krau sempena menyambut tahun baru Hijrah dan Masihi.

"Pejuang-pejuang rakyat tidak boleh leka dan merasa lega dengan menangguhkan kerja untuk membebaskan rakyat terutamanya penduduk-penduduk di kampung-kampung dan dalam rancangan felda yang selama ini diperolok-olokkan oleh UMNO/BN sebagai masyaraklat yang sudah membangun," tegas beliau.

Seterusnya beliau menambah, "masa untuk mengira kejayaan belum boleh lagi diputuskan sekiranya kita tidak meneruskan perjuangan yang akan menghadapi berbagai dugaan."

Oleh itu beliau menyeru para ahli jawatan kuasa Parti Keadilan Rakyat di semua perengkat Bahagian Kuala Krau jangan merasa sudah cukup dengan sokongan yang diberikan oleh masyarakat tempatan kepada perkembangan PKR setakat ini dan PAKATAN RAKYAT umumnya.

"Kepatuhan kepada keputusan mesyuarat, bertanggung jawab melaksanakan amanah, memberikan masa untuk parti adalah satu pengurbanan yang tidak ternilai tingginya," jelas beliau.

Difahamkan beliau sendiri akan memberikan masa yang lebih untuk turun ke kampung-kampung dan felda terutamanya di perkampungan Orang Asal Jahut dan juga kampung-kampung pendalaman untuk memastikan masalah rakyat dapat diketahui dan akan berusaha menyelesaikan masalah tersebut dengan apa yang termampu oleh parti laksanakan.

"Kita mulakan kerja kuat dari awal tahun hingga ke hujung tahun setelah kita memulakan kerja sebelum ini dengan slogan, buat kerja belum tentu menang, tak buat kerja tentu tak menang," ujar beliau.

No comments:

Post a Comment