Monday, December 29, 2008

PROGRAM PENERANGAN PKR BAHAGIAN KUALA KRAU 2009

Oleh: Khalid AK

KUALA KRAU: 30 Disember 2008. Parti Keadilan Rakyat Bahagian Kuala Krau akan bertambah aktif selain mendapat sambutan amat menggalakkan dari para penduduk tempatan, juga akan terus merancang beberapa aktiviti parti melibatkan ahli dan masyarakat dalam tahun 2009 ini.

Menurut Sdr Ab Kadir Abd Manap selalu Ketua Penerangan Bahagian tersebut, pihak Bahagian akan mengwujudkan satu lagi biro yang dinamakan Biro Khas Orang Asal disamping meneruskan kerja-kerja biro-biro yang lain antaranya Biro Politik, Biro Organasi dan Pentadbiran, Biro Keahlian, Biro Wanita dan Kebajikan, Biro Kewangan dan Biro Penerangan.

Biro Khas Orang Asal ini ditubuhkan untuk memberi tumpuan kerja khas kepada penduduk di perkampunagn Suku Kaum Jahut yang mendiami beberapa kampung antaranya Penderas, Pasu, Lubok Wong, Pian, Galong, Seboi. Mendoi, Galong, Paya Pelong dan beberapa lagi di Parlimen Kuala Krau dianggarkan 80% masih ketinggalan dari kemajuan yang sepatutnya diterima sama oleh mereka sebagai rakyat di negara merdeka ini.

"Selain PKR Bahagian membuka blog khas untuk Kuala Krau, Biro Penerangan Bahagian tersebut juga akan menerbitan belutin parti yang akan diterbit dan diedarkan pada ahli-ahli sahaja di Parlimen Kuala Krau sebulan 2 kali," jelas Ab Kadir.

"Belutin ini penting supaya berita masyarakat tempatan dan kegiatan parti sampai kepada ahli-ahli parti dalam memperjuangkan kepentingan rakyat kerana media massa yang ada amat terhad mnenyiarkan berita-berita kegiatan PKR di Bahagian ini sementara media internet terlalu sedikit bilangan penggunaannya," tambahnya lagi.

Difahamkan, penerbitan blog dan belutin yang dinamakan 'KUALA KRAU HARAPAN BARU' adalah perancangan awal disamping beberapa lagi program penerangan seperti ceramah berkelompok dan perdana diadakan di kawasan Bahagian tersebut.

Sementara itu Haji Suhaimi Said selaku Ketua PKR Bahagian Kuala Krau akan mengumumkan perlantikan ketua-ketua baru biro selepas Mesyuarat Agong baru-baru ini dan akan menjadi tanggungjawab mereka yang dilantik untuk untuk membentuk ahli jawatankuasa menggerakkan biro mereka.

No comments:

Post a Comment