Saturday, December 27, 2008

PEMIMPIN UMNO/BN KUALA KRAU TERCABAR

Oleh: Khalid AK

Kuala Krau: (27 Dis 2008) UMNO/BN Kuala Kuala Krau, Pahang mulai tercabar dengan penubuhan Parti Keadilan Rakyat Bahagian Kuala Krau yang dirasmikan oleh Sdr. Dr. Syed Hussin Ali selaku Timbalan Presiden PKR pada petang 26 Dis bertempat di Kampung Paya Luas, Kuala Krau, Pahang.

Kampung Paya Luas adalah sebuah kampung yang selama ini menjadi kubu kuat BN, khususnya UMNO dimana ADUN Jenderak diwakili oleh anak kampung tersebut.

Kini PKR sudah menapak di Kuala Krau, khususnya di DUN Jenderak yang menjadikan UMNO mulai tercabar. Hampir 85 % ahli PKR di Bahagian Kuala Krau terdiri dari bekas-bekas ahli UMNO, MIC dan MCA.

Sementara itu Orang Asal yang terdiri dari Suku Jahut juga menerima baik kehadiran PKR di DUN dimana hampir 300 orang menjadi ahli PKR.

"Ini suatu kejutan kepada politik di Kuala Krau, selama ini UMNO terlalu angkuh menguasai kawasan ini," jelas Sdr. Hafez Harun anak kampung Paya Luas selaku Ketua AMK Bahagian Kuala Krau.

Seterusnya beliau menambah, "jika selama ini pemimpin UMNO hanya memikirkan keuntungan dirinya dan kroninya sahaja, hanya menjengok rakyat di musim pilihanraya dan waktu-waktu tertentu, kini rakyat mula menolak mereka."

Sementara itu Ketua Bahagian PKR Kuala Krau menyatakan sambutan rakyat dari berbagai kaum memberikan satu semangat untuk pemimpin PKR bahagian tersebut meneruskan perjuangan untuk rakyat.

"Kita dari PKR tidak akan bersendirian dalam menjalankan kegiatan parti untuk rakyat di bahagian Kuala Krau ini, kita telah dan akan bersama-sama dengan PAS dan DAP sebagai rakan dalam PAKATAN RAKYAT," jelas beliau lagi.

Beliau menekankan supaya para petugas parti melipat gandakan lagi usaha untuk melemahkan keangkuhan UMNO/BN di bahagian ini dan umumnya di Negeri Pahang.

"Kita akan berkerja dan terus berkerja untuk mengukuhkan parti dengan menyedarkan rakyat yang selama ini fikiran mereka dibelengu oleh pemimpin UMNO/BN dan hidup mereka dalam keadaan tidak menentu, kita berkerja belum tentu lagi menang, tambahan pulak kalau kita tidak berkerja kuat," tegas beliau.



No comments:

Post a Comment