Monday, December 22, 2008

MESYUARAT PENUBUHAN PKR BAHAGIAN KUALA KRAU

Oleh: Khalid AK.
Kuala Krau: Mesyuarat Agong Penubuhan Parti Keadilan Rakyat Bahagian Kuala Krau Pahang akan diadakan pada 26 Disember 2008 - Jumaat - Jam 4.00 petang bertempat di rumah Sdr Saarin Yaman di kampung Paya Luas, Kuala Krau dan akan dirasmikan oleh Ybh. Dr. Syed Hussin Ali selaku Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat.

Sebelum ini PKR Bahagian Kuala Krau bergerak atas nama 'penaja' yang diketuai oleh Sdr. Haji Suhaimi Said, Ketua Penerangan PKR Negeri Pahang juga bekas calon PKR bagi DUN Jenderak.

Menurut Haji Suhaimi Said, sehingga kini hampir 700 orang telah mendaftarkan keahlian di Bahagian tersebut kebanyakannya dari kawasan DUN Jenderak. Mereka terdiri kebanyakannya bekas-bekas ahli UMNO, MIC dan MCA.

"Sambutan dari anak-anak muda amat memberangsangkan, begitu juga sambutan di beberapa perkampungan suku kaum Jahut iaitu penduduk yang terdiri dari Orang Asal," jelas Haji Suhaimi.

Beberapa jawatan terpenting mungkin bertukar. Jawatan Setiausaha Bahagian yang dipegang semasa penajanya oleh Sdr. Ab. Kadir Abd. Manap dijangka diganti dengan muka baru.

Menurut Sdr. Ab. Kadir, penggantian itu bertepatan kerana kesibukannya dalam urusan pribadi. Bagi Jawatan lain dijangka tidak berubah kecuali Ketua Penerangan Penaja Saarin Yaman mungkin dipilih untuk jawatan Naib Ketua 1.

Pada sebelah malamnya akan diadakan ceramah di tempat yang sama yang akan dihadiri oleh YB Terasa Kok (DAP), Ustaz Kamal Shaari (PAS) dan Cikgu Bad (PKR) disamping Haji Suhaimi Said.

3 comments:

  1. Semoga blog baru ini akan memudahkan lagi perjuangan Orang Asal, PKR, PAS dan DAP di Kuala Krau kini menjalin kerjasama Pakatan Rakyat yang intim, dan kerjasama ini akan membolehkan K.Krau (DUN Jenderak) dimenangi Pakatan Rakyat didalam Pilihanraya Umum akan datang.

    ReplyDelete
  2. Saya amat terharu dan berbangga melihat kecekalan generasi baru dari kalangan Orang Asal di Kg Pian, Pasu, Lubok Wong dan Galung.

    Mereka berkumpul di Dewan Orang Ramai Kg Pian, diketuai oleh Batin Mohamad Kuang, mereka menuntut hak mereka, kai pat hak jah Asal? Tek hek maruah hek!

    23.12.08 benar-benar hari bersejarah dan ulung kalinya penduduk Jah Asal mengambil sikap berani memperjuangkan hak mereka. Dimana tanah kami? Tanah kami meruah kami!

    Batin Mat Kuang dengan sinis menyatakan bahawa selama 50 tahun mereka memberikan sokongan kepada Perikatan/BN. Apakah balasan Kerajaan terhadap kami? Cukupkah dengan sekadar habuan semasa pilihanraya? Kami mahu hak kami keatas tanah kami.

    Dulu kami Jah Jahut hanya berjumlah 2000 orang kini sudah melebihi 4000 orang? Tempat kami mencari makan menjadi semakin sempit, tanah kami dijadikan Game Reserve, Rezab Perhilitan, dan anak-anak kami yang membuka tanah disaman dituduh menceroboh tanah.

    Undang-undang apa ni?

    Mereka telah menyediakan satu Memorandum untuk diserahkan kepada Menteri Besar Pahang.

    ReplyDelete
  3. Tahniah kerana usaha semua satu pencapaian yang menakjubkan, ada lagi usaha yang belum kita buat diharapkan boleh buat juga nanti.

    ReplyDelete