Tuesday, December 30, 2008

JATUHNYA HARGA GETAH / SAWIT - Resah Penduduk Ketara

Oleh: Khalid AK

KUALA KRAU: 31 Disember 2008. Kegelisahan penduduk di kampung-kampung dan juga felda-felda mulai merasa resah dengan penurunan harga getah yang begitu membebankan kehidupan mereka masa kini.

Pendapatan yang semakin kurang sementara harga barang yang terus memuncak tinggi membuatkan kerancakkan ekonomi terbantut dan ini meninggalkan kesan yang amat besar padahnya kepada penduduk di Kawasan Parlimen Kuala Krau terdiri 80% penduduknya bergantung dengan getah dan sawit.

Malahan kerendahan harga getah dan sawit juga meninggalkan kesan kepada golongan lain terutamanya golongan peniagaan runcit, kedai kopi dan pembeli getah dan sawit sendiri termasuk juga boroh ladang.

Menurut mereka; bila harga getah dan sawit turun, orang ramai mulai berbelanja kecil, tidak ramai lagi yang menoreh membuatkan penjualan getah berkurangan. Para boroh ladang juga menerima upah yang kecil kerana tuan-tuan punya ladang tidak mahu kerugian besar.

Walaupun ada jaminan harga getah dan sawit naik tetapi jangka masanya terlalu jauh. Ianya akan berlaku secepat mungkin 2011 atau lebih dari itu.

"Kerajaan harus bertindak cepat samada berusaha menaikkan harga getah dan sawit atau menurunkan harga barang keperluan rakyat," tegas Sdr Hafez Harun selaku Ketua Angkatan Muda Keadilan Bahagian Kuala Krau.

Tambah beliau, "Kerajaan jangan menunggu sehingga hampir menjelang Pilihanraya Umum ke 13 nanti baru mencari sumber untuk menampung kenaikkan harga sawit dan getah sebagai pemujuk untuk rakyat mengundi BN dan selepas itu harga kedua-dua bahan tersebut kembali jatuh."

"Jangan jadikan harga getah dan sawit saebagai bahan permainan politik, rakyat yang bertani perlu mendapat keselesaan hidup di negara yang sudah puluh tahun merdeka ini," tegas beliau.

Difahamkan pemimpin UMNO / BN sudah tidak berapa berani untuk bertemu dengan rakyat di kawasan Parlimen ini termasuklah bertemu dengan ahli-ahli parti tersebut kerana takut berdepan dengan isu harga sawit dan getah yang turun sementara harga barang yang melambung naik.

Mereka hanya akan turun dalam majlis-majlis tertentu sahaja dengan membawakan janji dan harapan sahaja.

1 comment:

  1. Bagus jugak harga getah turun, harga sawit turun dan harga barang naik. Masa harga getah naik, harga sawit naik, harga barang rendah, mendabik dada pemimpin UMNO konon mereka tu lah yang cerdik dan pandai.

    Saat sekarang kita boleh kata mereka bodoh! Oh UMNO bodoh, pemimpin kamu bodoh!

    ReplyDelete