Wednesday, February 25, 2009

SASARAN MAC 2009

Oleh Khalid AK

PEKAN KUALA KRAU: 26 Febuari 2009: Dalam bulan Mac 2009 ini 2 kampung dan satu Felda diletakkan sebagai sasaran utama program Biro Penerangan dalam Langkah 2009 Penerangan PKR Kuala Krau.

Menurut Ketua Penerangannya Sdr. Ab. Kadir Abd. Manap, "Kampung Dato Sharif dan Felda Jenderak Selatan adalah dua kawasan yang mana Biro Penerangan akan memainkan peranan penting memberikan penerangan dengan cara tertentu agar dapat membentuk AJK Bertindak kalau pun masih belum mampu menubuhkan cawangan."

Sementara Kampung Gong Halt yang sudah ada cawangan hanya ditumpukan kepada usaha peningkatan penerangan serta penyusunan kerja untuk menghasilkan perkembangan parti yang mantap, antaranya ialah mengadakan mesyuarat AJK Cawangan dan melaksanakan beberapa program di cawangan tersebut.

"Pada 6 Febuari jam 9.00 malam bertempat di rumah Pak Haji Daud di Kampung Gong Halt akan diadakan ceramah yang akan dihadiri oleh Sdr Cikgu Bad selaku MPT Parti Keadilan Rakyat bersama Sdr. Abdullah Karim, Penasihat Undang-Undang PAS Negeri Pahang merangkap Exco Pemuda PAS Pusat.

Sdr. Ab. Kadir juga menjelaskan, "Biro Penerangan ini tertakluk kepada arahan-arahan yang dibuat oleh Ketua Bahagian. Oleh itu masa dalam bulan Mac ini banyak ditumpukan ke 3 buah kampung yang disebutkan tadi disamping melaksanakan tugas beberapa program sebagai sampingan di kampung-kampung, kawasan perumahan dan Felda yang sudah tertubuh cawangan."

No comments:

Post a Comment