Sunday, February 1, 2009

BERSIAP KE CHANGKAT JERING & BEHRANG

Oleh Khalid AK

KUALA KRAU: 2 Febuari 2009: PKR Bahagian Kuala Krau, Pahang sekali lagi akan menghantar beberapa orang petugas untuk membantu Pakatan Rakyat dalam 2 Pilihanraya Kecil DUN Behrang dan DUN Changkat Jering yang dikosongkan oleh penyandangnya semalam.

"PKR Bahagian Kuala Krau akan terus membantu sepenuh masa untuk kedua-dua DUN tersebut kekal di tangan Pakatan Rakyat," jelas Sdr. Azmi Zainun selaku Setiausaha bahagian tersebut.

Seterusnya beliau menyatakan, "kalau di Kuala Terengganu kita berhempas pulas membantu calon Pakatan Rakyat dari PAS merampas kerusi parlimen tersebut, di Perak juga kita tidak akan ketinggalan."

Difahamkan tidak kurang dari 15 orang petugas dari PKR Bahagian Kuala Krau akan membantu kedua-dua DUN tersebut sebaik sahaja tarikh penamaan calon diumumkan oleh SPR. Petugas-petugas tersebut akan dipimpin oleh Ketua Bahagian Sdr. Haji Suhaimi Said.

"Oleh kerana Behrang agak jauh juga dengan Changkat Jering, mungkin kami berpecah dua dengan diketuai oleh mereka yang ditentukan oleh Ketua Bahagian," Jelas Sdr. Azmi.

No comments:

Post a Comment