Friday, February 20, 2009

LANGKAH 2009 PKR TAWAN DUN JENDERAK

Oleh Khalid AK

PEKAN KUALA KRAU: 21 Febuari 2009: Para pemimpin semua perengkat PKR dalam Bahagian Kuala Krau diseru supaya memperhebatkan gerak kerja untuk menawan 3 DUN dalam Bahagian Kuala Krau dan secara langsung menawan Parlimen Kuala Krau dalam Pilihanraya Umum ke 13 nanti.

Demikian ditegaskan oleh Ketua Penerangan PKR Bahagian Kuala Krau, Sdr Ab. Kadir Abd. Manap ketika menyusun dasar gerak kerja yang bertajuk 'Langkah 2009 PKR Kuala Krau'.

Beliau seterusnya menjelaskan, "gerak kerja PKR banyak ditumpukan setakat ini di DUN Jenderak kerana harapan kita untuk meletakkan calon PKR di DUN tersebut seperti yang berlaku pada PRU ke 12 dulu, sementara DUN Jengka dan DUN Kerdau gerak kerjanya diusahakan oleh PAS, tetapi PKR akan terus memberikan kerjasama untuk kedua DUN tersebut seperti PKR mengharapkan PAS terus memberikan kerjasamnya di DUN Jenderak."

Difahamkan, gerak kerja dalam program 'Langkah 2009' yang diuruskan oleh Biro Penerangan bukan sahaja mengadakan ceramah tetapi lebih menekan kepada sebaran umum untuk memberikan maklumat parti dan isu semasa kepada masyarakat tempatan.

"Kerja pengedaran risalah dari rumah ke rumah akan dikembalikan budaya tersebut walaupun ianya tidak dilaksanakan sekarang ini selepas PRU 12, sedangkan PKR Bahagian Kuala Krau keahliannya semakin bertambah, tetapi tenaga kerja untuk menyebarkan maklumat parti kepada rakyat berkurangan," tegas Sdr. Ab. Kadir.

Beliau juga menekankan supaya ahli-ahli parti serta pemimpin di semua perengkat dalam Bahagian Kuala Krau turun berkerja untuk parti bukan setakat bercakap dan menbuat berbagai cadangan dalam mesyuarat atau perjumpaan sahaja. Namun kemampuan seseorang itu juga boleh diambil kira tetapi jangan langsung tidak memberikan sumbangan kerja kepada parti.

"Kerana itu, kita akan memulakan kerja dengan memecahkan beberapa zon kerja tetapi tenaga kerja yang seragam serta masa yang dijadualkan. Jika langkah menyampaikan maklumat kepada rakyat dari rumah ke rumah ini tidak berjaya dijalankan, kita percaya DUN Jenderak tidak akan dapat ditawan dari BN di PRU 13 nanti," ujar beliau lagi.

Menurut beliau, zon yang mesti diberikan tumpuan pada perengkat awal ini ialah Zon Simpang Jenderak dan Zon Felda Jenderak untuk penubuhan cawangan. Sementara Zon yang lain-lain gerak kerja sebaran maklumat rumah ke rumah akan diteruskan sekurang-kurangnya seminggu sekali dilakukan.

Zon Simpang Jenderak mengandungi beberapa buah kampung dan taman perumahan iaitu antaranya: Kg Gajah Mati - Kg Dato Shariff - Kg Jenderak - Kg Laluan Keretapi - Taman Indah. Zon ini masih tidak ada satu pun cawangan yang ditubuhkan.

Sementara Zon Felda Jenderak tumpuan utamanya ialah untuk menubuhkan cawangan di Felda Jenderak Selatan sementara Felda Jenderak Utara telah ditubuhkan cawangan hanya untuk memperbanyakkan keahlian saja lagi.

Kerja berseragam ialah kerja saling bantu membantu antara ahli satu cawangan dengan cawangan yang lain dalam apa pun gerak kerjanya.

"Masa untuk kita turun berkerja sudah tiba semula, rakyat mesti diberikan maklumat tentang parti ini sepanjang masa, kita jangan hanya menunggu rakyat datang kepada kita tetapi kita yang datang kepada rakyat," tegas Sdr. Abd. Kadir lagi.




No comments:

Post a Comment