Friday, January 30, 2009

BACA PUISI MENENTANG PPSMI - PENYAIR BERI SAMBUTAN

Oleh Khalid AK.

JENDERAK UTARA: 30 Januari 2009: Majlis Baca Puisi yang bertemakan menentang Pengajaran Pembelajaran Sains dan Metametik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dilaksanakan oleh Kerajaan Barisan Nasional yang akan diadakan di Kawasan Niaga Felda Jenderak Utara pada 7 Febuari 2009, jam 9.00 malam mula mendapat sambutan dari beberapa orang penyair.

"Kini sudah 11 orang penyair dari Kuala Lumpur dan Pahang yang mendaftarkan nama untuk turut sama membaca puisi-puisi bertemakan menentang PPSMI ini," jelas Ab. Kadir Manap selaku Ketua Biro Kebudayaan PKR Bahagian Kuala Krau.

Beliau juga menyatakan, "selain dari penyair yang terkemuka antaranya Sdr Yassin Salleh, Dharmala NS, Dato Kamal Amir Hijaz, Dato Dr Mansor Abdullah dan Yasleh Rita Ayu serta beberapa orang lagi, majlis itu juga akan disertai oleh Cikgu Bad selaku Ahli MPT PKR dan Haji Suhaimi Said selaku Ketua Bahagian PKR Bahagian Kuala Krau merangkap Pengerusi Jawatankuasa Baca Puisi tersebut."

"Selama ini jika ada masyarakat menganggap penyair hanya mendendangkan keindahan kata-kata menjalin bait puisi untuk alam dan kehidupan yang dianggap menghayalkan tetapi anggapan itu amat salah, penyair mempunyai jiwa perjuangannya tersendiri dalam melengkari arus alam dan kehidupan manusia sejagat," tegas Sdr. Ab. Kadir lagi.

Oleh itu beliau menyeru pada tarikh dan waktu tersebut Felda Jenderak Utara perlu dihadiri oleh mereka yang ingin memahami jiwa penyair tanahair dalam semangat juang untuk bangsa, negara dan tanahair.

"Pada kami tidak ada emas ringgit untuk disogokan, tidak ada jamuan mewah untuk dihidangkan namun perjuangan kami untuk mempertahankan Fasal 152 Perlembagaan Persekutuan yang diperkosai oleh pemimpin Umno/Bn tetap kami tentang hingga PPSMI hancur atau kami berkubur," tegas Sdr. Ab Kadir lagi.

Tuesday, January 27, 2009

PKR BAHAGIAN KUALA KRAU TUBUH BIRO-BIRO

Oleh Khalid AK

KUALA KRAU: 28 Januari 2009: Beberapa biro terpenting sebagai nadi pergerakan parti telah ditubuhkan oleh PKR Bahagian Kuala Krau pada Mesyuarat AJK bahagian tersebut baru-baru ini.

Demikian dijelaskan oleh Sdr. Azmi Zainun selaku Setiausaha bahagian ketika dihubungi oleh wakil KKHB.

"Biro-biro yang telah ditubuhkan adalah antara biro-biro yang penting didahulukan bagi menggerakkan parti turun ke rakyat," jelas Sdr. Azmi.

Biro-biro tersebut seperti berikut:

1) BIRO POLITIK, ORGANISASI DAN PENTADBIRAN
Dipengerusikan oleh Sdr. Haji Suhaimi Said.

2) BIRO KHAS HAL EHWAL ORANG ASAL
Dipengerusikan oleh Sdr. Haji Suhaimi Said.

3) BIRO PENERANGAN
Dipengerusikan oleh Sdr. Ab. Kadir Abd. Manap.

4) BIRO KEAHLIAN & HAL EHWAL CAWANGAN
Dipengerusikan oleh Sdr. Zaidi Omar.

5) BIRO KEWANGAN
Dipengerusikan oleh Sdr. Hendon Jaafar.

6) TASK FORCE
Dipengerusikan oleh Sdr. Abdul Razak Hussain.

7) BIRO SUKAN
Dipengerusikan oleh Sdr. Mohd Hafez Harun.

8) BIRO PILIHANRAYA
Dipengerusikan oleh Sdr. Haji Suhaimi Said.

9) BIRO KEBUDAYAAN
Dipengerusikan oleh Sdr. Ab. Kadir Abd. Manap.

10) BIRO HUBUNGAN KAUM
Dipengerusikan oleh Sdr. Mahmud Hassan.

Biro Ekonomi dan Tenaga Kerja masih lagi dalam penubuhannya.

Sdr. Haji Suhaimi selaku Ketua Bahagian PKR Kuala Krau amat mengharapkan supaya ahli-ahli jawatankuasa yang menganggotai biro-biro menumpukan sepenuh perjuangan dan menghadiri mesyuarat biro-biro yang sebaik-baiknya diadakan sebulan sekali sebelum mesyuarat ajk bahagian diadakan.

"Kita mahu segala perancangan akan dilaksanakan dan ianya mestilah mempunyai kesan nilai gerak kerja tersebut untuk mengembang dan menguatkan pengaruh parti di hati rakyat, agar rakyat yakin bahawa PKR mampu membawa harapan baru kepada kehidupan mereka yang selama ini dalam keadaan terumbang-ambing dibawah Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional," tegas Sdr. Haji Suhaimi Said.

Friday, January 23, 2009

KAMBING HITAM KABURKAN RASUAH UMNO

Oleh Khalid AK

KUALA KRAU: 24 Januari 2009: UMNO mula mengkambing hitamkan beberapa orang ahli dan pimpinan sederhananya untuk mengaburi amalan rasuah atau bahasa pemimpin UMNO sebagai politik wang.

"Penahanan dan pendakwaan yang dilakukan oleh SPRM terhadap beberapa orang ahli UMNO baru-baru ini dianggap sebagai usaha mengaburkan amalan rasuah UMNO yang terdedah selama ini untuk meraih kemenangan samada semasa Pemilihan UMNO atau dalam Pilihan Raya Umum atau Kecil," ujar Sdr Ab. Kadir Manap selaku Ketua Penerangan PKR Bahagian Kuala Krau.

Seterusnya beliau mengatakan, "untuk siapa suapan itu dibuat ? Dari mana wang suapan itu diperolehi ? Ini semua melibatkan kepimpinan UMNO hingga ke akar umbi."

Menurut beliau lagi, "pemimpin atasan membariskan calon-calon kroni mereka untuk mereka terus berkuasa, dengan ini mereka pasti menggunakan agen-agen untuk pencalonan dari cawangan hingga ke bahagian hingga perengkat pusat, maka berlakulah lobi melobi dan suapan."

"PKR bukan mahu campur tak tentu pasal dengan apa yang berlaku dalaman UMNO tetapi penyakit rasuah adalah penyakit yang paling buruk dan jahat, bukan sahaja merosakkan seseorang, atau sesebuah organisasi politik tetapi ianya boleh menjalar kepada kehancuran sesebuah negara jika parti yang memerintah itu mengamalkan rasuah untuk berkuasa," tegas Sdr. Ab. Kadir lagi.

Difahamkan kini mulai ramai ahli-ahli UMNO mencari jalan keluar dari kepompong amalan rasuah UMNO dengan menyertai Parti Keadilan Rakyat dan parti-parti dalam PAKATAN RAKYAT.

"Apakah dengan penangkapan dan pendakwaan beberapa kerat ahli UMNO, maka UMNO bersih dari politik wang atau rasuah? Jawapannya tidak kerana sudah menjadi amalan UMNO," jelas Sdr. Ab. Kadir.

Wednesday, January 21, 2009

AL-FATIHAH

Oleh Khalid AK

KG PAYA LUAS: 22 Januari 2009: Jenazah isteri kepada Sdr Shaari Yaman, Timbalan Pengerusi Tetap PKR Bahagian Kuala Krau telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Paya Luas, Kuala Krau tengahari semalam.

Allahyarhamah Hashimah binti Abu Hassan, 53 tahun yang mengidap sakit lumpuh sejak 3 tahun lalu telah menghembuskan nafas terakhirnya pada malam semalam di rumahnya di sini.

Selain dari sanak saudara serta jiran sekampung yang menziarahi jenazah Allayarhamah, turut sama ialah Ketua PKR Bahagian Kuala Krau Sdr Haji Suhaimi Said, Ketua AMK Bahagian Kuala Krau Sdr. Hafez Harun, Setiausaha PKR Bahagian Kuala Krau Sdr Azmi Zainun dan beberapa pemimpin PAS dan PKR Kuala Krau.

Sdr. Ab. Kadir Manap selaku Ketua Penerangan PKR Bahagian Kuala Krau yang ditemui diperkebumian jenazah Allahyarhamah menyampaikan ucapan takziah bagi pihak PKR Bahagian Kuala Krau disamping mengharapkan Sdr Shaari dan keluarga tabah menghadapi takdir yang ditentukan oleh Allah SWT kepada hambaNya.

"Kami berdoa moga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempat bersama roh orang-orang yang beriman di sisi Allah," ujar Sdr. Ab. Kadir.

Al-Fatihah!

Monday, January 19, 2009

JAHUT DISAMAN USAHA TANAH PERKAMPUNGAN NENEK MOYANG

Oleh Khalid AK

KAMPUNG PASU: 20 Januari 2009: Seorang lelaki Jahut dari Kampung Pasu, Kuala Krau akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Temerloh pada 21 Januari 2009 ini kerana disaman oleh pihak Jabatan Perhilitan.

Menurut Sdr. Baseri Hok seorang penduduk kampung tersebut juga Ketua Cawangan PKR Kampung Pasu dan AJK PKR Bahagian Kuala Krau, bahawa lelaki yang disaman itu atas tuduhan meneroka tanah hutan milik Jabatan Perhilitan.

Namun begitu difahamkan lelaki tersebut mengusahakan semula tanah kampung peninggalan nenek moyang mereka yang pernah berkampung di kawasan seberang Sungai Krau.

"Pihak kami Orang Asal dari suku Jahut di sini akan memberikan sokongan kepada rakan kami yang disaman itu, kerana itu kami akan mengiringnya ke Mahkamah Temerloh sekurang-kurangnya seramai sebuah bas yang kami sewa," jelas Sdr. Baseri Hok.

Beliau juga meminta supaya rakan-rakan dari luar kawasan perkampungan Orang Asal di sini memberikan sokongan kepada penduduk yang teraniaya itu.

Dijangka Ketua PKR Bahagian Kuala Krau Sdr Haji Suhaimi Said bersama Ketua Penerangan PKR Bahagian Kuala Krau Sdr. Ab. Kadir Manap akan bersama-sama penduduk Kampung Pasu untuk memberikan sokongan kepada mangsa kezaliman Kerajaan Barisan Nasional itu.

PKR KUALA KRAU MENERUSKAN SEMULA PROGRAM

Oleh Khalid AK

KUALA KRAU: 20 Januari 2009: Parti Keadilan Rakyat Bahagian Kuala Krau akan meneruskan semula beberapa rogram yang diatur setelah ditangguhkan seketika kerana membantu PAS dalam Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu dari 6 hingga 17 Januari yang lalu.

Menurut Sdr Azmi Zainun selaku Setiausaha Bahagian, beberapa program terdekat yang ditangguhkan akan berjalan semula antaranya lawatan ke cawangan-cawangan, ceramah, sebaran risalah serta mesyuarat.

"Yang terdekat ialah Mesyuarat pembentukan Ahli Jawatan Kuasa Angkatan Muda Keadilan (AMK) Bahagian Kuala Krau yang diketuai oleh Sdr. Hafez Harun, disamping lawatan ke cawangan-cawangan untuk mengetahui perkembangan dan permasalahan cawangan," jelas Sdr. Azmi Zainun yang menghubungi wakil KKHB.

Difahamkan AMK Bahagian Kuala Krau akan mengadakan mesyuarat pembentukan AJKnya pada 24 Januari ini jam 3.00 petang sementara Mesyuarat pembentukan AJK Wanita PKR Bahagian Kuala Krau di adakan pada 25 Januari ini jam 3.00 petang. Kedua-dua mesyuarat tersebut diadakan di Pejabat PKR Bahagian Kuala Krau.

Sdr. Azmi Zainun juga meminta supaya setiap ahli-ahli AMK dan Wanita di cawangan-cawangan termasuk yang masih dalam penajaan menghadiri mesyuarat tersebut.

Tuesday, January 13, 2009

PETUGAS PKR KUALA KRAU KE PRK KUALA TERENGGANU

Oleh Khalid AK

KUALA KRAU: 14 Januari 2009: Beberapa orang petugas PKR Bahagian Kuala Krau akan ke Kuala Terengganu hari ini untuk membantu kerja-kerja kempen calon PAS di Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu.

Demikian dinyatakan oleh Timbalan Ketua PKR Bahagian Kuala Krau, Sdr Ab. Razak Hussain yang dihubungi melalui telefon.

"Kumpulan pertama yang diketuai oleh Ketua Bahagian Kuala Krau Haji Suhaimi Said telah berada di sana sejak 6 Januari lalu, kini kumpulan kedua dari Bahagian ini yang akan turut serta Ketua Penerangan Bahagian Sdr Ab. Kadir Manap dimana mereka akan bergabung kerja dengan kumpulan pertama," jelas Sdr Razak.