Thursday, February 19, 2009

BERSIAP SEDIA HADAPI PILIHANRAYA SEBAIK NAJIB JADI PRESIDEN UMNO

Oleh Khalid AK

SIMPANG JENDERAK: 20 Febuari 2009: Ahli-ahli dan penyokong Parti Keadilan Rakyat Bahagian Kuala Krau diminta supaya bersiap sedia menyusun dan memantapkan jentera pilihanraya dari sekarang ini.

Demikian ditegaskan oleh Sdr. Ab. Kadir bin Abd. Manap selaku Ketua Penerangan PKR Bahagian Kuala Krau ketika diminta pandangan beliau mengenai kegiatan PKR Kuala Krau yang semakin banyak.

"Kita bukan saja memperbanyakan ceramah Pakatan Rakyat di kampung-kampung dan taman-taman perumahan, tetapi kita juga sedang mengatur beberapa strategi untuk menghadapi BN dalam Pilihanraya Umum ke 13 yang dijangka diadakan secepat mungkin sebaik saja Najib mengambil alih kuasa Perdana Menteri dari Pak Lah," jelas beliau lagi.

Seterusnya beliau menambah, "kita tidak akan bersendirian dalam usaha melaksanakan program, kita akan bersama parti-parti Pakatan Rakyat dengan menumpukan gerak kerja di DUN Jenderak, DUN Jengka dan DUN Kerdau dalam Parlimen Kuala Krau."

Beliau juga menyatakan, pihak PKR bersama rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat tidak menunggu tarikh pembubaran Parlimen baru nak membuat kerja Pilihanraya tetapi dari sekarang ini sudah mula melatih para petugas dengan kerja-kerja tersebut, antaranya menggerakkan petugas menyampai maklumat dari rumah ke rumah di setiap kampung dan taman-taman perumahan disamping akan mengadakan beberapa kursus.

"PKR bersama Pakatan Rakyat telah berjaya menubuhkan beberapa cawangan di kampung-kampung dan taman perumahan kubu kuat Umno/Bn terutamanya di perkampungan Orang Asal Jahut," jelas Sdr. Ab Kadir lagi.

Dimaklumkan PKR Bahagian Kuala Krau amat beruntung kerana mendapat seorang pejuangan rakyat sebagai Ketua Bahagiannya iaitu Sdr. Haji Suhaimi Said yang telah berjaya melahirkan banyak kader-kader parti untuk turun kepada rakyat dengan tidak mengenali penat lelah dan tidak berkehendakan upah.

"Pada awalnya mungkin ada orang tidak terikut cara beliau berkerja tidak mengenal malam siang dan penat lelah, tapi lama kelamaan sudah seronok dan menjadi darah daging pula kepada mereka berjuang bersama rakyat," kata Sdr. Ab Kadir.







No comments:

Post a Comment