Thursday, February 26, 2009

MESYUARAT BULANAN WANITA & AMK

Oleh Khalid AK

PEKAN KUALA KRAU: 27 Febuari 2009: Dua mesyuarat bulanan sayap penting PKR Bahagian Kuala Krau akan diadakan pada 28 Febuari 2009 hari Sabtu bertempat di Pejabat PKR Bahagian di Pekan Kuala Krau.

Wanita PKR akan mengadakan mesyuarat bulanan AJKnya pada jam 4.00 petang sementara Angkatan Muda Keadilan pula jam 9.00 malam.

Difahamkan akan turut serta dalam mesyuarat tersebut ialah Sdr. Rizal Jamin selaku Ketua AMK Pahang.

Wednesday, February 25, 2009

SASARAN MAC 2009

Oleh Khalid AK

PEKAN KUALA KRAU: 26 Febuari 2009: Dalam bulan Mac 2009 ini 2 kampung dan satu Felda diletakkan sebagai sasaran utama program Biro Penerangan dalam Langkah 2009 Penerangan PKR Kuala Krau.

Menurut Ketua Penerangannya Sdr. Ab. Kadir Abd. Manap, "Kampung Dato Sharif dan Felda Jenderak Selatan adalah dua kawasan yang mana Biro Penerangan akan memainkan peranan penting memberikan penerangan dengan cara tertentu agar dapat membentuk AJK Bertindak kalau pun masih belum mampu menubuhkan cawangan."

Sementara Kampung Gong Halt yang sudah ada cawangan hanya ditumpukan kepada usaha peningkatan penerangan serta penyusunan kerja untuk menghasilkan perkembangan parti yang mantap, antaranya ialah mengadakan mesyuarat AJK Cawangan dan melaksanakan beberapa program di cawangan tersebut.

"Pada 6 Febuari jam 9.00 malam bertempat di rumah Pak Haji Daud di Kampung Gong Halt akan diadakan ceramah yang akan dihadiri oleh Sdr Cikgu Bad selaku MPT Parti Keadilan Rakyat bersama Sdr. Abdullah Karim, Penasihat Undang-Undang PAS Negeri Pahang merangkap Exco Pemuda PAS Pusat.

Sdr. Ab. Kadir juga menjelaskan, "Biro Penerangan ini tertakluk kepada arahan-arahan yang dibuat oleh Ketua Bahagian. Oleh itu masa dalam bulan Mac ini banyak ditumpukan ke 3 buah kampung yang disebutkan tadi disamping melaksanakan tugas beberapa program sebagai sampingan di kampung-kampung, kawasan perumahan dan Felda yang sudah tertubuh cawangan."

Monday, February 23, 2009

MENUBUHKAN CAWANGAN DITERUSKAN

Oleh Khalid AK

KG DATO SHARIFF: 24 Febuari 2009: Parti Keadilan Rakyat sedang berusaha menubuhkan beberapa lagi cawangan dalam DUN Jenderak untuk memudahkan gerak kerja kepada rakyat di setiap kampung yang terlibat.

"Usaha ini mesti dilakukan bersama oleh setiap ahli dan Ajk Bahagaian berserta biro-biro yang ditubuhkan," Jelas Sdr Haji Suhaimi Said selaku Ketua Bahagian PKR Kuala Krau.

Difahamkan PKR Bahagian Kuala Krau telah berjaya menubuhkan beberapa cawangan antaranya Kg. Penderas, Kg. Pasu, Kg. Pian, Kg. Paya Pelong, Kg. Berdot, Kg. Paya Luas, Kg. Gong Halt dan Felda Jenderak Utara.

Sementara beberapa buah kampung dan taman perumahan masih lagi dalam Jawatankuasa Bertindak ke arah penubuhan cawangan.

Seterusnya beliau menjelaskan, "sasaran utama awal ini mesti ditumpukan di Kampung Dato Sharif, Felda Jenderak Selatan, Pekan Kuala Krau dan Kampung Kuala Mai."

Sasaran kedua pula ialah Kg Paya Mendoi, Kg Masjid, Kg. Jenderak. Dimana setiap perengkat sasaran itu dijangka dalam tempuh sebulan ke dua bulan untuk tertubuhnya cawangan ataupun Jawatankuasa Bertindak.


Sunday, February 22, 2009

PROGRAM TERDEKAT BIRO PENERANGAN PKR

Oleh Khalid AK

PEKAN KUALA KRAU: 23 Febuari 2009: Biro Penerangan PKR Bahagian Kuala Krau telah menyusun program terdekatnya dengan tumpuan dikhususkan kepada kegiatan penerangan di DUN Jenderak.

Menurut Ketua Penerangannya, Ab Kadir Abd Manap, "program ini dilaksanakan atas dasar menyampailkan maklumat parti dan isu semasa` kepada` rakyat dan menerima maklumat dari rakyat untuk diangkat ke tindakan bahagaian."

Seterusnya beliau menjelaskan, usaha menyampaikan maklumat kepada rakyat akan dilakukan dengan menggunakan sebaran am dari rumah ke rumah agar sampai betul kepada rakyat, begitu juga dengan maklumat rakyat dari sekecil maklumat hingga sebesarnya akan di angkat ke bahagian untuk tindakan seterusnya.

Biro ini juga telah membahagikan sejumlah 7 Zon kerja Penerangan yang melibatkan 41 buah kampung, taman perumahan, ladang serta felda dalam DUN Jenderak.

Kerja menggunakan zon kerja ini akan dilaksanakan dan nilai hasil kerjanya akan diukur selama 3 bulan dari Mac 2009. Jika ianya berjaya akan diteruskan tetapi jika gagal akan dfcari usaha mengatasinya.

PECAHAN ZON.

ZON 1:

1. Kg. Cengkebik
2. Kg. Gajah Mati
3. Kg. Dato Shariff
4. Kg. Sg. Dalam
5. Ladang Sungai Tekal
6. Kg. Jenderak
7. Kg. Pandan
8. Perumahan Taman Bahagia

ZON 2:
1. Kg. Paya Pelong (OA)

ZON 3:
1. Tanjung Kubu
2. Perumahan Taman Kuala Krau
3. Perumahan Taman Mewah
4. Perumahan Taman Sri Desa.
5. Kawasan Klinik Kuala Krau
6. Pekan Kuala Krau
7. Kg Baru Cina
8. Sekolah Agama Kuala Krau
9. Kg Pekan Sahari.

ZON 4:
1. Kg Masjid
2. Kg Seboi
3. Kg. Kuala Mai
4. Kg. Gong Halt
5. Kg Paya Sok

ZON 5:
1. Kg Ulu Jenot
2. Felda Jenderak Utara
3. Felda Jenderak Selatan
4. Kg. Rekoh (OA)
5. Kg. Berdot (OA)

ZON 6:
1. Kg Terengging
2. Kg Paya Luas
3. Kg Paya Mendoi (OA)
4. Kg Sebaoi (OA)
5. Kg Paya Luas Tengah.
6. Kg Paya Luas Kg Baru.

ZON 7:
1. Kg Penderas (OA)
2. Kg Pasu (OA)
3. Kg Lubok Wong (OA)
4. Kg Pian (OA)
5. Kg Galong (OA)
6. Kg Terbol (OA)

Nota: OA = Orang Asal

Sementara itu kerja-kerja penyebaran risalah parti akan dilakukan setiap pagi Pekan Sahari Kuala Krau dan di setiap waktu Pekan Sahari atau Pasar Malam di beberapa tempat dalam DUN Jenderak.

Biro Penerangan juga meminta kerjasama dari semuanya pihak pimpinan dan ahli untuk mengaktifkan kerja tersebut dengan cara bersistem. Segala bahan sebaran maklumat akan disediakan oleh Biro politik dan Organisasi.

TUBUH BIRO HAL EHWAL FELDA

Oleh Khalid AK

FELDA JENDERAK UTARA: 23 Febuari 2009: Parti Keadilan Rakyat Bahagian Kuala Krau berjaya menubuhkan Biro Hal Ehwal Felda Bahagian tersebut semalam di rumah Alisyak Idris.

PENGERUSI:
Mohd Nor Bakar.

TIMBALAN PENGERUSI:
Norhayati Abdul Ghani.

NAIB PENGERUSI:
Fauzi Nordin.

SETIAUSAHA:
Azmi Zainon.

PENOLONG SETIAUSAHA:
Roslan Osman.

AHLI-AHLI JAWATANKUASA:
Aliasyak Idris.
Ahmad Nizamuddin Aliasyak.
Ab. Razak Hussin.
Zaidi Omar.

Beberapa orang lagi ahli Jawatankuasa akan dilantik dari Felda Jenderak Utara dan Felda Jenderak Selatan dan dari beberapa Felda dalam Bahagian Kuala Krau.


Friday, February 20, 2009

LANGKAH 2009 PKR TAWAN DUN JENDERAK

Oleh Khalid AK

PEKAN KUALA KRAU: 21 Febuari 2009: Para pemimpin semua perengkat PKR dalam Bahagian Kuala Krau diseru supaya memperhebatkan gerak kerja untuk menawan 3 DUN dalam Bahagian Kuala Krau dan secara langsung menawan Parlimen Kuala Krau dalam Pilihanraya Umum ke 13 nanti.

Demikian ditegaskan oleh Ketua Penerangan PKR Bahagian Kuala Krau, Sdr Ab. Kadir Abd. Manap ketika menyusun dasar gerak kerja yang bertajuk 'Langkah 2009 PKR Kuala Krau'.

Beliau seterusnya menjelaskan, "gerak kerja PKR banyak ditumpukan setakat ini di DUN Jenderak kerana harapan kita untuk meletakkan calon PKR di DUN tersebut seperti yang berlaku pada PRU ke 12 dulu, sementara DUN Jengka dan DUN Kerdau gerak kerjanya diusahakan oleh PAS, tetapi PKR akan terus memberikan kerjasama untuk kedua DUN tersebut seperti PKR mengharapkan PAS terus memberikan kerjasamnya di DUN Jenderak."

Difahamkan, gerak kerja dalam program 'Langkah 2009' yang diuruskan oleh Biro Penerangan bukan sahaja mengadakan ceramah tetapi lebih menekan kepada sebaran umum untuk memberikan maklumat parti dan isu semasa kepada masyarakat tempatan.

"Kerja pengedaran risalah dari rumah ke rumah akan dikembalikan budaya tersebut walaupun ianya tidak dilaksanakan sekarang ini selepas PRU 12, sedangkan PKR Bahagian Kuala Krau keahliannya semakin bertambah, tetapi tenaga kerja untuk menyebarkan maklumat parti kepada rakyat berkurangan," tegas Sdr. Ab. Kadir.

Beliau juga menekankan supaya ahli-ahli parti serta pemimpin di semua perengkat dalam Bahagian Kuala Krau turun berkerja untuk parti bukan setakat bercakap dan menbuat berbagai cadangan dalam mesyuarat atau perjumpaan sahaja. Namun kemampuan seseorang itu juga boleh diambil kira tetapi jangan langsung tidak memberikan sumbangan kerja kepada parti.

"Kerana itu, kita akan memulakan kerja dengan memecahkan beberapa zon kerja tetapi tenaga kerja yang seragam serta masa yang dijadualkan. Jika langkah menyampaikan maklumat kepada rakyat dari rumah ke rumah ini tidak berjaya dijalankan, kita percaya DUN Jenderak tidak akan dapat ditawan dari BN di PRU 13 nanti," ujar beliau lagi.

Menurut beliau, zon yang mesti diberikan tumpuan pada perengkat awal ini ialah Zon Simpang Jenderak dan Zon Felda Jenderak untuk penubuhan cawangan. Sementara Zon yang lain-lain gerak kerja sebaran maklumat rumah ke rumah akan diteruskan sekurang-kurangnya seminggu sekali dilakukan.

Zon Simpang Jenderak mengandungi beberapa buah kampung dan taman perumahan iaitu antaranya: Kg Gajah Mati - Kg Dato Shariff - Kg Jenderak - Kg Laluan Keretapi - Taman Indah. Zon ini masih tidak ada satu pun cawangan yang ditubuhkan.

Sementara Zon Felda Jenderak tumpuan utamanya ialah untuk menubuhkan cawangan di Felda Jenderak Selatan sementara Felda Jenderak Utara telah ditubuhkan cawangan hanya untuk memperbanyakkan keahlian saja lagi.

Kerja berseragam ialah kerja saling bantu membantu antara ahli satu cawangan dengan cawangan yang lain dalam apa pun gerak kerjanya.

"Masa untuk kita turun berkerja sudah tiba semula, rakyat mesti diberikan maklumat tentang parti ini sepanjang masa, kita jangan hanya menunggu rakyat datang kepada kita tetapi kita yang datang kepada rakyat," tegas Sdr. Abd. Kadir lagi.




Thursday, February 19, 2009

BERSIAP SEDIA HADAPI PILIHANRAYA SEBAIK NAJIB JADI PRESIDEN UMNO

Oleh Khalid AK

SIMPANG JENDERAK: 20 Febuari 2009: Ahli-ahli dan penyokong Parti Keadilan Rakyat Bahagian Kuala Krau diminta supaya bersiap sedia menyusun dan memantapkan jentera pilihanraya dari sekarang ini.

Demikian ditegaskan oleh Sdr. Ab. Kadir bin Abd. Manap selaku Ketua Penerangan PKR Bahagian Kuala Krau ketika diminta pandangan beliau mengenai kegiatan PKR Kuala Krau yang semakin banyak.

"Kita bukan saja memperbanyakan ceramah Pakatan Rakyat di kampung-kampung dan taman-taman perumahan, tetapi kita juga sedang mengatur beberapa strategi untuk menghadapi BN dalam Pilihanraya Umum ke 13 yang dijangka diadakan secepat mungkin sebaik saja Najib mengambil alih kuasa Perdana Menteri dari Pak Lah," jelas beliau lagi.

Seterusnya beliau menambah, "kita tidak akan bersendirian dalam usaha melaksanakan program, kita akan bersama parti-parti Pakatan Rakyat dengan menumpukan gerak kerja di DUN Jenderak, DUN Jengka dan DUN Kerdau dalam Parlimen Kuala Krau."

Beliau juga menyatakan, pihak PKR bersama rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat tidak menunggu tarikh pembubaran Parlimen baru nak membuat kerja Pilihanraya tetapi dari sekarang ini sudah mula melatih para petugas dengan kerja-kerja tersebut, antaranya menggerakkan petugas menyampai maklumat dari rumah ke rumah di setiap kampung dan taman-taman perumahan disamping akan mengadakan beberapa kursus.

"PKR bersama Pakatan Rakyat telah berjaya menubuhkan beberapa cawangan di kampung-kampung dan taman perumahan kubu kuat Umno/Bn terutamanya di perkampungan Orang Asal Jahut," jelas Sdr. Ab Kadir lagi.

Dimaklumkan PKR Bahagian Kuala Krau amat beruntung kerana mendapat seorang pejuangan rakyat sebagai Ketua Bahagiannya iaitu Sdr. Haji Suhaimi Said yang telah berjaya melahirkan banyak kader-kader parti untuk turun kepada rakyat dengan tidak mengenali penat lelah dan tidak berkehendakan upah.

"Pada awalnya mungkin ada orang tidak terikut cara beliau berkerja tidak mengenal malam siang dan penat lelah, tapi lama kelamaan sudah seronok dan menjadi darah daging pula kepada mereka berjuang bersama rakyat," kata Sdr. Ab Kadir.