Wednesday, December 31, 2008

TERUSKAN PERJUANGAN UNTUK RAKYAT

Oleh: Khalid AK

KUALA KRAU: `1 Januari 2009. Sempena menyambut 1430 Hijrah dan 2009 Masihi, rakyat diseru berjuang terus dengan penuh gigih untuk keluar dari kongkongan pemikiran yang dibekukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab demi terus mempertahankan kekuasaan pemerintahan mereka.

Demikian ditegaskan oleh Haji Suhaimi Said selaku Ketua PKR Bahagian Kuala Krau sempena menyambut tahun baru Hijrah dan Masihi.

"Pejuang-pejuang rakyat tidak boleh leka dan merasa lega dengan menangguhkan kerja untuk membebaskan rakyat terutamanya penduduk-penduduk di kampung-kampung dan dalam rancangan felda yang selama ini diperolok-olokkan oleh UMNO/BN sebagai masyaraklat yang sudah membangun," tegas beliau.

Seterusnya beliau menambah, "masa untuk mengira kejayaan belum boleh lagi diputuskan sekiranya kita tidak meneruskan perjuangan yang akan menghadapi berbagai dugaan."

Oleh itu beliau menyeru para ahli jawatan kuasa Parti Keadilan Rakyat di semua perengkat Bahagian Kuala Krau jangan merasa sudah cukup dengan sokongan yang diberikan oleh masyarakat tempatan kepada perkembangan PKR setakat ini dan PAKATAN RAKYAT umumnya.

"Kepatuhan kepada keputusan mesyuarat, bertanggung jawab melaksanakan amanah, memberikan masa untuk parti adalah satu pengurbanan yang tidak ternilai tingginya," jelas beliau.

Difahamkan beliau sendiri akan memberikan masa yang lebih untuk turun ke kampung-kampung dan felda terutamanya di perkampungan Orang Asal Jahut dan juga kampung-kampung pendalaman untuk memastikan masalah rakyat dapat diketahui dan akan berusaha menyelesaikan masalah tersebut dengan apa yang termampu oleh parti laksanakan.

"Kita mulakan kerja kuat dari awal tahun hingga ke hujung tahun setelah kita memulakan kerja sebelum ini dengan slogan, buat kerja belum tentu menang, tak buat kerja tentu tak menang," ujar beliau.

Tuesday, December 30, 2008

JATUHNYA HARGA GETAH / SAWIT - Resah Penduduk Ketara

Oleh: Khalid AK

KUALA KRAU: 31 Disember 2008. Kegelisahan penduduk di kampung-kampung dan juga felda-felda mulai merasa resah dengan penurunan harga getah yang begitu membebankan kehidupan mereka masa kini.

Pendapatan yang semakin kurang sementara harga barang yang terus memuncak tinggi membuatkan kerancakkan ekonomi terbantut dan ini meninggalkan kesan yang amat besar padahnya kepada penduduk di Kawasan Parlimen Kuala Krau terdiri 80% penduduknya bergantung dengan getah dan sawit.

Malahan kerendahan harga getah dan sawit juga meninggalkan kesan kepada golongan lain terutamanya golongan peniagaan runcit, kedai kopi dan pembeli getah dan sawit sendiri termasuk juga boroh ladang.

Menurut mereka; bila harga getah dan sawit turun, orang ramai mulai berbelanja kecil, tidak ramai lagi yang menoreh membuatkan penjualan getah berkurangan. Para boroh ladang juga menerima upah yang kecil kerana tuan-tuan punya ladang tidak mahu kerugian besar.

Walaupun ada jaminan harga getah dan sawit naik tetapi jangka masanya terlalu jauh. Ianya akan berlaku secepat mungkin 2011 atau lebih dari itu.

"Kerajaan harus bertindak cepat samada berusaha menaikkan harga getah dan sawit atau menurunkan harga barang keperluan rakyat," tegas Sdr Hafez Harun selaku Ketua Angkatan Muda Keadilan Bahagian Kuala Krau.

Tambah beliau, "Kerajaan jangan menunggu sehingga hampir menjelang Pilihanraya Umum ke 13 nanti baru mencari sumber untuk menampung kenaikkan harga sawit dan getah sebagai pemujuk untuk rakyat mengundi BN dan selepas itu harga kedua-dua bahan tersebut kembali jatuh."

"Jangan jadikan harga getah dan sawit saebagai bahan permainan politik, rakyat yang bertani perlu mendapat keselesaan hidup di negara yang sudah puluh tahun merdeka ini," tegas beliau.

Difahamkan pemimpin UMNO / BN sudah tidak berapa berani untuk bertemu dengan rakyat di kawasan Parlimen ini termasuklah bertemu dengan ahli-ahli parti tersebut kerana takut berdepan dengan isu harga sawit dan getah yang turun sementara harga barang yang melambung naik.

Mereka hanya akan turun dalam majlis-majlis tertentu sahaja dengan membawakan janji dan harapan sahaja.

Monday, December 29, 2008

PROGRAM PENERANGAN PKR BAHAGIAN KUALA KRAU 2009

Oleh: Khalid AK

KUALA KRAU: 30 Disember 2008. Parti Keadilan Rakyat Bahagian Kuala Krau akan bertambah aktif selain mendapat sambutan amat menggalakkan dari para penduduk tempatan, juga akan terus merancang beberapa aktiviti parti melibatkan ahli dan masyarakat dalam tahun 2009 ini.

Menurut Sdr Ab Kadir Abd Manap selalu Ketua Penerangan Bahagian tersebut, pihak Bahagian akan mengwujudkan satu lagi biro yang dinamakan Biro Khas Orang Asal disamping meneruskan kerja-kerja biro-biro yang lain antaranya Biro Politik, Biro Organasi dan Pentadbiran, Biro Keahlian, Biro Wanita dan Kebajikan, Biro Kewangan dan Biro Penerangan.

Biro Khas Orang Asal ini ditubuhkan untuk memberi tumpuan kerja khas kepada penduduk di perkampunagn Suku Kaum Jahut yang mendiami beberapa kampung antaranya Penderas, Pasu, Lubok Wong, Pian, Galong, Seboi. Mendoi, Galong, Paya Pelong dan beberapa lagi di Parlimen Kuala Krau dianggarkan 80% masih ketinggalan dari kemajuan yang sepatutnya diterima sama oleh mereka sebagai rakyat di negara merdeka ini.

"Selain PKR Bahagian membuka blog khas untuk Kuala Krau, Biro Penerangan Bahagian tersebut juga akan menerbitan belutin parti yang akan diterbit dan diedarkan pada ahli-ahli sahaja di Parlimen Kuala Krau sebulan 2 kali," jelas Ab Kadir.

"Belutin ini penting supaya berita masyarakat tempatan dan kegiatan parti sampai kepada ahli-ahli parti dalam memperjuangkan kepentingan rakyat kerana media massa yang ada amat terhad mnenyiarkan berita-berita kegiatan PKR di Bahagian ini sementara media internet terlalu sedikit bilangan penggunaannya," tambahnya lagi.

Difahamkan, penerbitan blog dan belutin yang dinamakan 'KUALA KRAU HARAPAN BARU' adalah perancangan awal disamping beberapa lagi program penerangan seperti ceramah berkelompok dan perdana diadakan di kawasan Bahagian tersebut.

Sementara itu Haji Suhaimi Said selaku Ketua PKR Bahagian Kuala Krau akan mengumumkan perlantikan ketua-ketua baru biro selepas Mesyuarat Agong baru-baru ini dan akan menjadi tanggungjawab mereka yang dilantik untuk untuk membentuk ahli jawatankuasa menggerakkan biro mereka.

Sunday, December 28, 2008

MASYARAKAT CINA KUALA KRAU MULA BERUBAH

Oleh: Khalid AK

KUALA KRAU: 29 Dis 2008: Kedatangan YB Teresa Kok selaku Exco Kerajaan PAKATAN RAKYAT Selangor, juga Ahli Parlimen Seputih ke Kampung Paya Luas baru-baru ini telah berjaya menarik perhatian masyarakat Orang Cina di DUN Jenderak Kuala Krau.

Kedatangan ahli politik DAP itu menyampaikan ceramah dalam siri Ceramah Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan kerjasama PAS sebagai rakan dalam PAKATAN RAKYAT buat julung kalinya dapat menghimpunkan hampir 130 orang Cina di perkampungan Melayu hanya semata-mata untuk mendengar secara berdepan dengan tokoh yang banyak diperkatakan oleh media massa.

Bukan sahaja masyarakat Orang Melayu malahan masyarakat Orang Cina yang menghadiri ceramah tersebut juga berpuashati dengan penjelasan yang diberikan oleh YB Teresa Kok berthabit beberaspa isu mengenai Kerajaan Selangor dan juga diri beliau.

Beberapa orang yang ditemui selepas majlis tersebut juga berpuashati dengan sikap keharmonian rakyat yang tidak ada sentimen perkauman para hadirian seperti yang digembar gemburkan oleh pihak tertentu.

Majlis ceramah terhenti seketika kerana orang ramai berebut-rebut menerima hadiah dari YB Teresa Kok lencana dan pelekat 'Boikot Utusan' sebagai tanda protes terhadap media perdana tersebut dalam beberapa berita mengelirukan terutamanya berkaitan isu sehingga beliau ditahan ISA.

Difahamkan masyarakat Orang Cina terutamanya yang mendiami persekitaran Pekan Kuala Krau akan lebih banyak lagi menyertai parti-parti PAKATAN RAKYAT terutamanya PKR.

Saturday, December 27, 2008

PEMIMPIN UMNO/BN KUALA KRAU TERCABAR

Oleh: Khalid AK

Kuala Krau: (27 Dis 2008) UMNO/BN Kuala Kuala Krau, Pahang mulai tercabar dengan penubuhan Parti Keadilan Rakyat Bahagian Kuala Krau yang dirasmikan oleh Sdr. Dr. Syed Hussin Ali selaku Timbalan Presiden PKR pada petang 26 Dis bertempat di Kampung Paya Luas, Kuala Krau, Pahang.

Kampung Paya Luas adalah sebuah kampung yang selama ini menjadi kubu kuat BN, khususnya UMNO dimana ADUN Jenderak diwakili oleh anak kampung tersebut.

Kini PKR sudah menapak di Kuala Krau, khususnya di DUN Jenderak yang menjadikan UMNO mulai tercabar. Hampir 85 % ahli PKR di Bahagian Kuala Krau terdiri dari bekas-bekas ahli UMNO, MIC dan MCA.

Sementara itu Orang Asal yang terdiri dari Suku Jahut juga menerima baik kehadiran PKR di DUN dimana hampir 300 orang menjadi ahli PKR.

"Ini suatu kejutan kepada politik di Kuala Krau, selama ini UMNO terlalu angkuh menguasai kawasan ini," jelas Sdr. Hafez Harun anak kampung Paya Luas selaku Ketua AMK Bahagian Kuala Krau.

Seterusnya beliau menambah, "jika selama ini pemimpin UMNO hanya memikirkan keuntungan dirinya dan kroninya sahaja, hanya menjengok rakyat di musim pilihanraya dan waktu-waktu tertentu, kini rakyat mula menolak mereka."

Sementara itu Ketua Bahagian PKR Kuala Krau menyatakan sambutan rakyat dari berbagai kaum memberikan satu semangat untuk pemimpin PKR bahagian tersebut meneruskan perjuangan untuk rakyat.

"Kita dari PKR tidak akan bersendirian dalam menjalankan kegiatan parti untuk rakyat di bahagian Kuala Krau ini, kita telah dan akan bersama-sama dengan PAS dan DAP sebagai rakan dalam PAKATAN RAKYAT," jelas beliau lagi.

Beliau menekankan supaya para petugas parti melipat gandakan lagi usaha untuk melemahkan keangkuhan UMNO/BN di bahagian ini dan umumnya di Negeri Pahang.

"Kita akan berkerja dan terus berkerja untuk mengukuhkan parti dengan menyedarkan rakyat yang selama ini fikiran mereka dibelengu oleh pemimpin UMNO/BN dan hidup mereka dalam keadaan tidak menentu, kita berkerja belum tentu lagi menang, tambahan pulak kalau kita tidak berkerja kuat," tegas beliau.



Monday, December 22, 2008

MESYUARAT PENUBUHAN PKR BAHAGIAN KUALA KRAU

Oleh: Khalid AK.
Kuala Krau: Mesyuarat Agong Penubuhan Parti Keadilan Rakyat Bahagian Kuala Krau Pahang akan diadakan pada 26 Disember 2008 - Jumaat - Jam 4.00 petang bertempat di rumah Sdr Saarin Yaman di kampung Paya Luas, Kuala Krau dan akan dirasmikan oleh Ybh. Dr. Syed Hussin Ali selaku Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat.

Sebelum ini PKR Bahagian Kuala Krau bergerak atas nama 'penaja' yang diketuai oleh Sdr. Haji Suhaimi Said, Ketua Penerangan PKR Negeri Pahang juga bekas calon PKR bagi DUN Jenderak.

Menurut Haji Suhaimi Said, sehingga kini hampir 700 orang telah mendaftarkan keahlian di Bahagian tersebut kebanyakannya dari kawasan DUN Jenderak. Mereka terdiri kebanyakannya bekas-bekas ahli UMNO, MIC dan MCA.

"Sambutan dari anak-anak muda amat memberangsangkan, begitu juga sambutan di beberapa perkampungan suku kaum Jahut iaitu penduduk yang terdiri dari Orang Asal," jelas Haji Suhaimi.

Beberapa jawatan terpenting mungkin bertukar. Jawatan Setiausaha Bahagian yang dipegang semasa penajanya oleh Sdr. Ab. Kadir Abd. Manap dijangka diganti dengan muka baru.

Menurut Sdr. Ab. Kadir, penggantian itu bertepatan kerana kesibukannya dalam urusan pribadi. Bagi Jawatan lain dijangka tidak berubah kecuali Ketua Penerangan Penaja Saarin Yaman mungkin dipilih untuk jawatan Naib Ketua 1.

Pada sebelah malamnya akan diadakan ceramah di tempat yang sama yang akan dihadiri oleh YB Terasa Kok (DAP), Ustaz Kamal Shaari (PAS) dan Cikgu Bad (PKR) disamping Haji Suhaimi Said.